Photobucket

sinopsis

Syakila...Seorang yang lincah dan aktif pada awalnya namun dia yang suka dengan kehidupannya yang bebas berbuat apa saja mula berubah sedikit demi sedikit untuk cuba menjadi seorang gadis yang ibunya harapkan namun begitu dia amat mengasihi ibunya walaupun tidak pernah sempat mengenali insan bernama ayah sejak lahir lagi.
Rayyan Izz Firas jejaka pertama yang berjaya bertapak di hati Syakila walaupun usia Rayyan jauh lebih matang darinya. Cinta yang sering mewarnai hidup Syakila tidak selalu indah, warna itu semakin pudar bila Rayyan sendiri mengkhianati makna CINTA yang sudah dibina selama tiga tahun.

Fadhil namanya saja jelas membawa makna 'selalu berbuat kebaikan dan mulia', seorang lelaki biasa tetapi bak "Putera Agama' bila menjadi perhatian gadis-gadis yang menaruh hati padanya, tidak terkecuali juga Syakila, terusik juga hatinya pada lelaki yang berasa dirinya sudah cukup baik dan sempurna.

Mursyid lelaki yang 'sweet' dan sangat lembut hatinya. Memendam perasaan pada Syakila yang di temuinya bila dia mula menjadi guru baru di sebuah sekolah Khas. Namun sebaliknya pada Syakila, dia tidak punya apa-apa perasaan padanya, tidak lebih seperti abangnya sendiri.

Namun di persimpangan hidup mereka terjadi sesuatu yang telah mengubah hidup Fadhil, Mursyid, Rayyan dan yang pastinya Syakila. Tidak di rancang, tidak pula menyangka, tiada juga mengundang tapi ia EXPRESS saja menyapa bila perkataan KAHWIN yang menjenguk kisah hidup mereka.
Berjayakah Mursyid mendapatkan hati Syakila dengan hanya memendam rasa? Adakah Rayyan masih tidak berputus asa menawan kembali hati Syakila? dan Adakah Fadhil juga punya perasaan yang sama cuma tidak mengakuinya?

fol

Baca lagi di PENULISAN2U...click -> Kahwin EXPRESS...

Bab Kahwin EXPRESS

Wednesday 25 July 2012

Kahwin EXPRESS 4

Views

          CERMIN segi empat tepat sederhana besar yang bergantung di pintu almari aku tatap sambil tangan aku sibuk mengatur dan membelit selendang berwarna ungu bercorak leopard di kepalaku. Di sebalik cermin dapat aku lihat Maria yang masih berdiri kebingungan memilih baju di depan almari pakaiannya. Aku hanya mampu tersenyum saja melihat mukanya yang berkerut. Tension!  Maria Mohiden.

          "Oii…Asal lem korang berdua ni. Kitaorang dah siap dah!” jerkah Mimi yang tiba-tiba masuk ke bilik dan diikuti Rin di belakangnya yang sudah siap kemas cantik berbaju kurung moden.
                          
CLICK READ MORE...



          “Weeii… Maria! Yang kau berkemban ni asal? Kau pergi kuliah macam ni ke? Seksi sangat ni babe!” bidas Rin pula sengaja memperli Maria yang masih tercegat sambil mencekak pinggang sedang berfikir-fikir lagatnya. Maria menoleh ke Rin yang lantas duduk di atas katil.

          “Boleh juga Cik Sabrina.. Aku guarantee mesti Prof Murad si botak tu terbeliak mata tengok aku seksi macam ni, pastu mesti kita tak jadi kuiz kan…..” bidas Maria selamba dengan jelingannya lalu tangannya kembali meraba-raba pakaiannya.
         
          “Piwitt! Amboi minah sorang ni. Sejak bila pakai shawl ni…” tegur Mimi yang berjalan lalu berdiri di belakangku.

          “Alah.. salah ke?” ucap aku ringkas sambil mempinkan brooch pada selendang.
         
          “Yela.. Kau ni peliklah, kadang-kadang kau ON kadang-kadang kau OFF.” sela Mimi lagi sambil dia mencuri-curi pandang ke cermin almariku lalu meremas rambutnya yang ikal.

          “Apa yang ON OFF? Macam suis je aku ni kau cakap macam tu.” aku berpaling menghadap Mimi lantas itu tangan Mimi mula sibuk mengatur dan mengemas-ngemas selendang aku yang sudah rupa seperti serban melilit kepala aku.

          “Ha..ha..ha… taklah Kila, maksud Mimi tu kau tu kejap pakai tudung kejap tak.. Kalau keluar terbanglah tudung tu, pergi kuliah je pakai. Ada faham kah?” Rin menjab pula sambil dia sibuk click click mengambil gambar dengan Iphone barunya yang tengah posing maut atas katil. Gedik!  Sabrina Ismail.

          "Shawl-shawl segala bagai tudung ni ibu aku lah yang sibuk simpan dalam beg aku. Sayang pulak tak pakai. Aku belum lagi try pakai shawl. Asyik sumbat pakai tudung ekspres je… Simple sangat!” luah aku lagi.

          “Weii.. Baju ni OK tak? Ke ni?” soal Maria dengan kedua tangannya memegang baju kurung cotton merah dan di sebelahnya pula baju kurung moden warna hijau daun pisang.

          “Lahhh pompuan ni teruk bebeno nak memilih baju. Kesian betul. Ni aku tolong. Aku ni Feyenista tau. Tak dapat di nafikan kehebatan aku pada fashion.” seloroh Rin bangga lalu berjalan ke arah Maria dengan gayanya seperti model.

               Aku, Mimi dan Maria hanya berpandangan sesama sendiri apabila mendengarnya. Adehh..Perasan!

     HAMPIR setengah jam duduk di dalam dewan kuliah. Keadaan semakin gamat dan riuh rendah dengan suara-suara manusia yang masing-masing sibuk dengan aktiviti mereka. Ada yang rancak berbual dan bergelak tawa. Ada yang berlari berkejaran seperti anak-anak kecil. Ada yang duduk berkumpulan tidak tahu apa yang sedang mereka bincangkan. Tidak kurang juga dengan pasangan kekasih yang sedang asyik berbual manja tidak menghiraukan orang sekeliling mereka. Aku pula hanya duduk mendiamkan diri sambil menconteng kertas kosong di atas meja yang aku sendiri tidak tahu apa yang terlakar di atasnya. Aku tidak menghiraukan rakan-rakan aku yang sedang sibuk berbual dan bercoleteh di sebelahku. Aku mendongak ke dinding melihat jam digital bulat yang menunjukkan tepat pukul 11.27 pagi. Kuliah sepatutnya bermula pukul 11.00 pagi tadi tapi pensyarah masih lagi belum masuk. 
           
          “Attention please… Everyone… Please, I have announcement to make!” Rizal wakil kelas kami tiba-tiba berdiri di hadapan dewan lalu suaranya sedikit menjerit cuba mengambil perhatian sepertinya ada pengumumam yang hendak dibuat.

          Gayanya yang lemah gemalai memang tidak kena pada rupanya yang berpenampilan lelaki. Semua yang berada di dalam dewan seperti meluat dan menyampah melihat gelagatnya yang sedikit over. Dengan Smart phone-nya yang digenggam di tapak tangan, dia berdehem mula bersuara. 

     Ada suara-suara kedengaran berbisik-bisik seperti mencemuhnya, ada yang membuat-buat mimik muka sesama sendiri dan tak kurang juga yang memang tak reti ‘nak cover’ terus tergelak saja tidak peduli dengan perasaan orang. Adoii! 
                       
        “Ni haaa… I got message! Today our class is cancel. Faham? And ada pesanan lagi.. jangan lupa study for our test on nextweekThat’s All.. Thank You..” dengan lentok tubuhnya yang lembut dia memberikan ucapan. Semua yang berada di dalam dewan kuliah sudah sibuk mengemas barang masing-masing dan keluar dari dewan kuliah dengan senyum lebar bila kelas di batalkan.
           
         “Weii.. Jom kita lunch luar nak, boringlah asyik makan dekat cafeteria tu..” cadang Maria sambil kami beriringan keluar dari dewan kuliah.
                       
          “Mmmmm… OK jugak tu! Aku tahu satu tempat Char kuey tiaw dia perghhh! sedap gila nyooo!” ujar Mimi semangat saja.

          “Eeee… Macamlah orang nak makan Char Kuey tiaw. Kau lah makan mee tengah hari macam ni!.. Aku nak makan nasi!” getus Rin lagi geram.
           
          “Sukati aku lah nak makan apa! Perut aku bukan perut kau…Sibuk je minah ni..” balas Mimi pula dengan nada tidak berpuas hati dengan Rin.
                
“Eee...Diorang ni.." Rungut aku melihat mereka yang seperti budak kecil saja berkelahi.

"Oiii!..Korang berdua sudahlah tu! Jom pi bustop! Kang kita terlepas bas nahas lagi. Aku dah nak termuntah dah lapar ni!” tepis Maria sambil dia cuba menjarakkan Mimi jauh dari Rin yang berpalu manja.
            
“Weiii …Jap! Jap! Apa tadi?! Pakai bas?” soal Mimi dengan muka seposennya.
                       
“Yela! Kau nak pakai apa lagi? Nak dayung perahu ke?!!” masih belum reda lagi serang lidah Mimi dan Rin lagi.
                       
“Tak boleh ke pakai kereta je? Tak naklah bersesak dalam bas.” rungut Mimi sambil menghentakk kakinya seperti anak kecil merajuk tidak dituruti kemahuan. Menyampah!
                       
“Cik Shamimi… Kereta siapa hang nak pi curi?” balas Rin dengan loghat negeri Mimi.
           
“Alah… Kenapa kita tak boleh bawa kereta? Student lain boleh je siap parking dalam kolej lagi!” luah Mimi tidak puas hati.
                       
“Oii.. diorang tu senior! Bukannya free, diorang bayar kot!” Jawabku lagi. Banyak sangat songehnya.

“Eee.. So? Bukan susah pun nak bayar. Keta berlambak dekat rumah aku tu, bawa satu sini pun tak ada hal!” rengus Mimi lagi. Aku hanya mengeluh kecil, malas mahu melayan karenah Mimi yang seperti kebudak-budakkan.

Walaupun Rin datang dari keluarga yang boleh dikatakan mewah dan serba-serbi mampu dalam semua hal namun Rin tidak pernah merungut apalagi menunjuk-nunjuk dengan kekayaan yang dia miliki. Dia boleh menyesuaikan dirinya dalam semua keadaan. Lain pula dengan Mimi yang juga datang dari keluarga yang berada tapi dia susah untuk berdikari, sudah biasa senang katakan dan Maria pula sama dengan Sabrina, datang dari keluarga yang senang namun dia tidak pernah membezakan darjat, apalagi wang ringgit sebagai kayu pengukur untuk berkawan. 

Seperti aku yang datang dari keluarga sederhana, dia senang dan selesa berkawan denganku. Aku berada di sini pun kerana aku bergantung kepada pak su. Kalau tak ada pak su, aku pun tak tahu mana aku akan berdiri sekarang. Mungkin aku akan bekerja di kilang atau kerja jadi pelayan kedai makan ataupun mungkin kerja ambil upah menjahit baju, itu saja yang aku reti buat. Salah ke semua pekerjaan tu, yang penting halal. Bersyukurlah apa yang kita ada. Detikku dalam hati.
                       
“Alah korang ni.. Kalau tak nak pakai bas, cab kan ada! Kepelikkan sungguh!” sela Maria geram dengan pael Mimi.

AKU, Maria, Mimi dan Rin sedang mengamati menu makanan untuk makan tengah hari di gerai makan Selera Kita. Seorang pelayan lelaki dengan buku kecil dan pen sudah berdiri di sisi meja sedang mencatit pesanan makanan kami. 

Beberapa belas minit kemudian, makanan yang di pesan sudah siap dan terhidang. Cepat saja servis warung ni. Perut kami yang sedari tadi minta di isi terus menyerbu pinggan makan masing-masing.
          
“Hah! Macam kenal je..” sergah Rin tiba-tiba. Aku, Mimi dan Maria tersentak dengan suara Rin yang mengganggu kami yang sedang menikmati makanan.
           
     “Asal kau ni Rin?” soal Maria lalu menyuapkan Char Kuey Tiaw ke dalam mulutnya.  

“Aaaa..Tu hah, tengok kat hujung sana. Siapa nama dia...Ish, siapa ek?" nonong Rin lagi dengan jarinya menunjuk ke arah beberapa orang lelaki yang duduk di sudut hujung kedai sedang leka berbual dan menikmati makanan mereka. 

Sekilas itu, aku menoleh ke arah yang Rin tunjukkan, terbeliak besar mataku tika terlihat dia yang juga sedang melihat ke arah aku.

“Kalau tak silap yang sorang tu Pengerusi Kelab Balai Islam kolej kita kan..” ucap Maria lalu menghirup air jus jambunya dengan straw.

“Hah! Betul! Fadhil!” jerit Rin dengan suaranya seperti ada mikrofon dan speaker sehingga berdesing telinga dibuatnya.

          Aku rasa satu kedai makan dengar suara Rin. Nasi goreng Paprik yang baru suku aku makan sudah tidak tersentuh lagi olehku. Hilang selera aku apabila Rin menyebut nama lelaki itu apalagi Fadhil dan rakan-rakannya yang berada di sudut meja di hujung gerai menoleh sekali-sekali ke arah kami. Agaknya mereka perasan dan terdengar jeritan Rin.


“Oiii… Gila lah kau ni minah! Kau jerit-jerit ni asal… huk..huk”  bentak Mimi yang sejak tadi diam tidak bersuara sedang enak menikmati dan melahap Char kuey tiaw nya terbatuk-batuk dan tersedak akibat teriakan Rin.
              
    “Ya? Nak tambah apa-apa lagi?” tiba-tiba datang seorang laki-laki dengan apron di ikat di lehernya muncul di meja kami.

          “Ha, Tak ada.. dah cukup dah..” Jawabku hairan apabila pelayan lelaki itu tiba-tiba menjerkah ke meja kami dan menanyakan pesanan lagi sedangkan kami tidak pula memanggil atau meminta tambah pesanan pun. Pelik! Rin hanya tergelak kecil melihat gelagat pelayan itu yang berkelakuan ganjil.

         “Tadi.. tadi saya dengar ada yang panggil saya...” balas pelayan lelaki itu lagi hairan.

         “Hah… Kitaorang tak ada panggillah, abang salah meja kut” jawabku lagi kerana berasa ada sesuatu yang pelik.
           
          “Nak Tanya? Mana tahu nama saya?” soal pelayan lelaki itu lagi. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain, saat itu muka kami berempat berkerut memikirkan pertanyaan pelayan itu. Sejak bila pula kami tahu nama dia ni, kenal pun tidak.
           
          “Ha.. ha.. ha… Fadhil ke?” Ujar Rin lagi dengan diikuti gelaknya menahan lucu mungkin disebabkan suaranya yang sedikit menjerit menyebut nama Fadhil agaknya di dengar oleh pelayan lelaki itu dan secara kebetulan nama lelaki itu juga Fadhil.

          "Ha'ah, Padil.." lelaki itu mengangguk dan hairan melihat reaksi Rin yang mendadak ketawa sambil tangannya menahan perutnya geli hati dengan kejadian tadi. Pelayan lelaki itu hanya berlalu pergi dengan wajahnya yang merah dan berkerut seribu.

           “Sumpah.. Aku tak nak makan sini lagi!” Ugetus Maria malu dan berasa sedikit bersalah, akibat mulut Rin pelayan lelaki itu malu sendiri.

            “Yela! Kesian pulak aku tengok muka mamat tu. Apalah kau ni Rin!” tekan aku lagi serius saja wajah memandang Rin. Rin hanya menjeling matanya ke atas lalu memandang Mimi yang masih dengan mulutnya yang penuh dengan makanan, enak benar dia menikmati makanannya.
                       
“Eeee… pompuan ini, macam tak makan setahun!” bidas Rin pula. Mimi pula yang tidak kena mengena diusiknya.
                       
“Sukati aku lah minah! Mulut aku!” sempat lagi dia menjawab. Mahu jua menang. Lantas itu dia mengambil air minuman Rin dan terus menghirup dengan selambanya. 

Air muka Rin sudah bertukar merah padam seperti gunung berapi yang bersedia hendak meletus. Laju tangan Rin merampas semula air coca-colanya daripada Mimi. Terus cubitan hinggap ke lengan Mimi, mereka berdua berbalas-balas berpalu sesama sendiri.
                       
“Oii.. korang berdua ni tak habis-habislah! Minahlah Pompuanlah! Nah! Rasa..” maria lagatnya seperti seorang emak memarahi Mimi dan Rin yang memang tak senang duduk bersama pastinya akan bertekak. Mereka berdua hanya mengerang kesakitan apabila cubitan maria mengena ke lengan mereka.
                       
“Weii korang.. Dialah yang aku cerita dulu yang langgar-langgar tu.” ujar aku lagi bila Fadhil dan rakan-rakannya sudah bergerak keluar dari gerai.
                       
“Yeke babe... yang nama Fadhil tu ekk? Boleh tahan juga mamat tu... Hensem pula aku tengok dia.. Waaaa..” seru Maria lagi seperti terpukau lagatnya.
                       
“Eh, kau tak tengok lagi kalau dia pakai kopiah. Fuh! Hensem giler..” tidak berselindung pula aku tika itu meluahkan ketampanan Fadhil. Aku rasakan hampir semua penghuni Kolej Royal12 memang minat giler dengan mamat skema ni. Teka aku dalam hati.
                       
“Oppss! Ada orang syok dekat Fadhil lah!” Maria seperti dapat meneka sesuatu dari ucapanku. Aku sudah tidak senang duduk bila Maria, Mimi dan Rin semuanya merenung dan menantikan responku. Muka aku sudah kemerahan menahan malu. Macam mana lah boleh terlepas cakap pulak ni. Rintih aku dalam hati.
                       
“Ehh korang.. Dah habis makan kan. Jom cari cab!” Laju aku berdiri untuk mengelak daripada mereka.

“Weii.. Kejap…” Mimi yang masih menikmati Char kuey tiaw-nya bingkas bangun dan sempat lagi membongkok-bongkok cuba menghabiskan makanannya bila melihat kami terus pergi tidak menunggunya. Tak senonoh beno!- Shamimi Rasyid.
                       
“Hah! Korang tu cab! Yuhuuu… Yuhuu... Haluuu… Sini! sini!” Jerit Mimi sambil melambai-lambaikan tangannya bila melihat sebuah teksi tidak jauh dari kami seperti sedang menunggu penumpang agaknya.
                       
“Oii pompuan! Macam tu ke kau panggil cab. Yuhuuuu!Yuhuuu! Macam bohsia je aku tengok!” Balas Rin mengajuk cakap Mimi.
                       
“Eeee.. mulut kau tu ada insuran ke cakap macam tu hah? Pastu nak panggil macam mana? OK lah tu Yuhuuu!Yuhuu! daripada aku Oiiiii! Oiiii!” Marah Mimi lagi sambil mencekak pinggang.
                       

"Astaghafirullahalazim.. Tak fahamlah aku dengan diorang ni Kila. Sorang pun tak nak mengalah.” bebel Maria yang letih melihat kelakuan Mimi dan Rin yang seperti anjing berjumpa kucing, nak berkelahi saja.

                       
“Weeii…Korang..Dah lah tu! Oii..Sudahlah! Tu cab dah mai dah.” aku pula cuba menghentikan Mimi dan Rin yang masih bermain pukul sesama sendiri di tepi jalan.
                       
Aikk… ni cab tadi kan… Dia tunggu kita ke apa?” soal Maria  hairan apabila melihat teksi proton Waja yang menumpangkan kami tadi mengundur perlahan ke arah kami.
                       
“Ishh… Teksi tadi ke? Bertuahlah ada cab dalam dunia ni nak tunggu kita, baik dia pi tempat lain ambik penumpang.” Rin menyampuk lalu berjalan ke arah Maria mengelak jauh dari Mimi.
                       
“Weii.. Betullah cab tadi! Korang ada cakap suruh cab tu tunggu kita ke?” tanya aku musykil.
                       
“Rasanya tak adalah.. Tanya dululah, kang tak pasal-pasal kena cas.. Masak kita kena bayar.” getus Mimi lagi sambil mencekak pinggangnya.

“Kedekut…” suara Rin kecil saja seperti berbisik-bisik memperli Mimi tapi Mimi dapat mendengarnya. Mimi menjelirkan lidah kepada Rin.
                       
Teksi itu berhenti benar-benar di hadapan kami, pemandu teksi itu membuka tingkap di tempat duduk depan penumpang.
           
“Halu Pak cik. Aaa.. Pak cik..” sapa Rin sambil membongkok sedikit untuk membolehkannya melihat wajah pemandu teksi itu.
                       
“Weii.. Asal kau panggil dia Pak cik..Pak cik kau ke hah!” sempat lagi Mimi mengusik Rin. Aku dan Maria sudah berpandangan antara satu sama lain sambil menggelengkan kepala.
                       
“Dah tu.. nak panggil apa, atok, pak ngah, abang ke kau nak aku panggil tokey?” balas Rin pula geram.
                       
“Ish..korang ni! ada-ada je. Sorry encik, encik tengah tunggu penumpang lain ke?” soal Maria pula sopan.

“Masuklah.. Pak cik baru habis makan tadi. Dah sampai sini pi lah makan dulu lepas tu solat kejap dekat surau.” jawab Pemandu teksi separuh usia itu.
                       
“Ooo… Ingatkan cab ni tunggu kitaorang tadi. Weii.. Jomlah masuk.” ajak Maria lalu dia membuka pintu teksi di tempat duduk penumpang di hadapan.
                       
“Betulkan pak cik… Weekkk!” nonong Rin lagi kepada Mimi sambil menjelirkan lidahnya kepada Mimi.
                       
“Eeee… dahlah tu. Tak habis lagi rupanya.” ngomel aku apabila Mimi dan Rin sudah membuat-buat stail muka pula berkelahi.

SESAMPAI saja dalam bilik. Aku terus menelentangkan diri, baring di atas katil sebab kekenyangan. Maria pula laju tangannya membuka laptop saat dia melabuhkan punggung di kerusinya. Memang tak dapat jauh dari facebook. Detik aku dalam hati.

“Waaahhh.. baik punya landing minah ni…” sergah Rin yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilik aku dan Maria.

“Eeee… Asal kau datang ni? Dahlah tak bagi salam masuk bilik orang!” sengaja aku menyentap Rin. Rin hanya membuat muka toyanya. Rin terus duduk di birai katilku lalu bersuara lagi.
           
“Weii.. Pompuan, kau perasan tak driver cab tadi?” ujar Rin lalu menepuk kaki aku yang melunjur ke arahnya.
           
“Perasan apa nye Rin oii?” balasku malas.
           
“Weii.. Maria, kau tak rasa ada something fishy ke dekat driver cab tu?” soal Rin kepada Maria lagi.
           
Something fishy??? Aku rasa tak ada bau ikan pun dalam cab tu tadi.” Maria sengaja mengusik Rin malas mahu melayan karenah Sabrina. Aku hanya tergelak kecil mendengar usikan Maria.
           
“Eeee… Korang ni lem betullah! Takkan korang tak rasa pelik dengan driver cab tu tadi?!” desis Rin lagi tidak berpuas hati dengan respon aku dan Maria.
           
“Weiii.. Lem Lem jangan sebut arr.. Kitaorang tak lembap tau! Kau je yang sensitive sangat!” jawab Maria lagi dengan matanya yang masih fokus menghadap laptop-nya.
           
“Asal babe? Kenapa driver cab tu?” aku lantas duduk menghadap Sabrina bila berasa berminat dengan topik perbualan Rin.
           
“Korang tak rasa pelik ke..D river cab tu sepanjang kita on the way balik asyik tengok Kila je dari cermin pandang belakang. Pastu aku rasa, dia memang tunggu kita kot tepi jalan tadi semata-mata nak hantar kita balik kolej. Eeee.. Aku rasa something wrong someway lah!” tebak Rin dengan penjelasannya yang menjelar.
           
“Eeee.. merepeklah kau ni Rin! Kau yang over kut fikir macam tu!” Teka Maria cuba berfikiran positif. Aku sudah mengulum bibirku dengan mengerutkan dahiku.
           
No Babe.. Kau kan duduk depan tadi. Aku perasan juga tapi mula-mula tu aku taklah fikir yang dia tengok aku tapi bila dia dah senyum tu aku kecut perut kot, dengan misai dia lagi.. ee...tak selesa aku dia asyik tengok. Pandangan pun semacam je.” rungutku apabila aku juga menyedari gelagat pemandu teksi sepanjang perjalanan tadi.
           
“Yeke Kila!Ha..ha..ha… Uncle tu minat kat kau kut!” teka Maria dengan gelak tawanya.
           
“Eeee… Sukatilah kau ni Maria!” marahku lalu membalingkan bantal kepadanya.
           
“Weeii.. driver cab tu dah pangkat bapak kot! Tak dapat aku nak imagine kalau Kila dan driver cab tu bercinta! Kalau nait cab, free lah tak payah bayar kalau nak jalan-jalan kan..” seloroh Rin lagi.

“Betul juga tu Rin.. Save duit kita kan!” balas Maria tersengih-sengih memandangku.
           
“Oii! Korang berdua jangan nak buat cerita bukan-bukan hah! Mata duitan betul. Nak free je!” rengus ku lagi kepada mereka. Maria dan Rin hanya tergelak melihat muka aku bertukar merah padam bila mendengar andaian mereka. Aku sendiri juga bingung memikirkan kejadian dalam teksi tadi, bukan Rin seorang tapi aku juga merasakan sesuatu yang pelik dengan pemandu teksi itu. 
                     

No comments:

Post a Comment

Pembaca SETIA