Photobucket

sinopsis

Syakila...Seorang yang lincah dan aktif pada awalnya namun dia yang suka dengan kehidupannya yang bebas berbuat apa saja mula berubah sedikit demi sedikit untuk cuba menjadi seorang gadis yang ibunya harapkan namun begitu dia amat mengasihi ibunya walaupun tidak pernah sempat mengenali insan bernama ayah sejak lahir lagi.
Rayyan Izz Firas jejaka pertama yang berjaya bertapak di hati Syakila walaupun usia Rayyan jauh lebih matang darinya. Cinta yang sering mewarnai hidup Syakila tidak selalu indah, warna itu semakin pudar bila Rayyan sendiri mengkhianati makna CINTA yang sudah dibina selama tiga tahun.

Fadhil namanya saja jelas membawa makna 'selalu berbuat kebaikan dan mulia', seorang lelaki biasa tetapi bak "Putera Agama' bila menjadi perhatian gadis-gadis yang menaruh hati padanya, tidak terkecuali juga Syakila, terusik juga hatinya pada lelaki yang berasa dirinya sudah cukup baik dan sempurna.

Mursyid lelaki yang 'sweet' dan sangat lembut hatinya. Memendam perasaan pada Syakila yang di temuinya bila dia mula menjadi guru baru di sebuah sekolah Khas. Namun sebaliknya pada Syakila, dia tidak punya apa-apa perasaan padanya, tidak lebih seperti abangnya sendiri.

Namun di persimpangan hidup mereka terjadi sesuatu yang telah mengubah hidup Fadhil, Mursyid, Rayyan dan yang pastinya Syakila. Tidak di rancang, tidak pula menyangka, tiada juga mengundang tapi ia EXPRESS saja menyapa bila perkataan KAHWIN yang menjenguk kisah hidup mereka.
Berjayakah Mursyid mendapatkan hati Syakila dengan hanya memendam rasa? Adakah Rayyan masih tidak berputus asa menawan kembali hati Syakila? dan Adakah Fadhil juga punya perasaan yang sama cuma tidak mengakuinya?

fol

Baca lagi di PENULISAN2U...click -> Kahwin EXPRESS...

Bab Kahwin EXPRESS

Wednesday 4 July 2012

Kahwin EXPRESS 1

Views
BAB 1

Cinta adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya
Mahupun di tawar atau dijual tiada untung tiada rugi
Cinta tidak hanya untuk yang bernyawa
Cinta juga bisa utuh pada yang pupus
Cinta tidak pernah usai kisahnya
Juga tidak lapuk dek usia
Namun cinta tidak semestinya memiliki
Ia cuma keikhlasan dan pengorbanan
Impi cinta dan bahagia tercipta
Mulai cinta pada yang Maha Pencipta

CLICK READ MORE...

           SIMPANG itu masih sesak dengan manusia yang masing-masing sibuk dengan urusan dunia. Bunyi hon-hon kenderaan yang dipaksa-paksa ditekan menambahkan kebingitan namun tidak pula meleraikan kesesakkan. Manusia di luar sana semuanya berkejar-kejaran. Hilang sudah sifat sabar dan perikemanusiaan dek pentingkan diri. Aku menjadi pemerhati setia sedari tadi melihat telatah-telatah manusia yang bermacam ragam sambil itu jari jemari aku lancar menekan keyboard laptop sepanjang perjalanan sehingga selesai aku mencoretkan sebuah puisi indah di dalam laman blogger. 

          Blogger adalah teman setiaku. Teman yang tidak punya telinga untuk mendengar, tidak punya mata untuk melihat, tidak punya hati untuk merasai namun punya tangan yang menyentuh untuk dikongsi serta difahami. Di sinilah tempat aku meluahkan pelbagai kisah ranjau kehidupan yang aku lalui selagi jantung masih berdegup bagi meneruskan hidup.
           “Kila...Rasanya kita tak sempat sampailah. Jalan jem teruk.”
           “Ha..Yeke pak su? Kila rasa sempat lagi kut. Lagi pun registration Kila sampai petang.” namun jauh di sudut hati aku juga turut risau jika tidak sempat sampai ke destinasi.
           “InsyaAllah. Harap kita sempat sampai. Rasa bersalah pulak pak su. Yela, kita patutnya gerak semalam tapi kereta Pak su pulak buat hal.” ucap pak su dengan nada bersalah.
          
          “Alah..tak apa lah pak su. Lagi pun Kila nak lepak lama sikit dengan Ibu. Yela, Kila kan terpaksa berjauhan lagi dengan ibu. balasku lalu memberikan senyuman kepada pak su. Air muka pak su sedikit tenang selepas mendengar kata-kataku.
            

    PETANG itu, aku di kamar kolej Royal 12. Aku menghadap laptop sambil tangan tangkas menaip huruf-huruf di keyboard, aku mula cuba mengingat kembali kisah yang telah berlaku sewaktu hari pendaftaran aku tempoh hari

    Keadaan di dalam dewan begitu riuh rendah dengan suara nyaring yang keluar dari alat pembesar suara apabila pensyarah bertugas sedang memberikan taklimat ringkas kepada bakal pelajar yang akan mendaftarkan diri. Ditambah lagi dengan suara- suara riang tawa anak-anak kecil yang berlari berkejaran di sekitaran dewan menambahkan lagi keriuhan di situ. Mungkin jika keluarga aku datang menemani, pasti aku bakal tersenyum dan tertawa seperti mereka. Aku mengeluh mengenangkan bagaimana agaknya keadaan ibuku yang berada di kampung.

           “Ibu!Ibu!” aku menjerit kegembiraan sambil berlari anak menuju ke ruang dapur memanggil ibu.
           Ibu yang sejak pulang dari pasar tadi telah terpacak di dalam dapur menyediakan makanan untuk makan tengahari terkejut mendengar teriakanku.
           “Ish..Kila, kenapa terjerit-jerit ni. Satu kampung boleh dengar suara Kila tau.” ngomel ibu padaku yang ketika itu aku sudah terpancul berdiri di hadapannya sambil tersengih.
           
    “Heehee…Sorry lah bu, Kila excited sangat tadi bila tengok ada abang Pos datang rumah. Lepas tu bila dia bagi surat besar. Kila dah tahu dah surat besar tu mesti untuk Kila.” jelasku dengan senyum yang lebar.
           “Surat besar? Surat besar apa tu? Bagi ibu tengok.” tanya ibu lagi sambil menyambut sampul putih bersaiz A4 yang aku hulurkan lalu ibu membaca isi surat tersebut.
           “Surat dari universiti! Kila diterima masuk ya. Alhamdulillah. Tahniah  sayang. Bertuah anak ibu ni dapat masuk universiti.”
           Ucap ibuku lalu memberikan ciuman manja yang hinggap di pipi gebuku. Aku hanya mampu tersenyum gembira dan bersyukur kerana dapat menyambung pengajianku.

Haiii.. sempat lagi mengelamun aku ni ingatkan ibu, memang masalah betullah aku ni. Aku mengomel sendirian apabila penyakit aku yang memang suka mengelamun itu datang sehingga menyebabkan aku lupa diri tidak kira di mana aku berada.

           Aku masih termangu berdiri seorang diri di dewan seperti orang yang tidak tahu hala tuju. Aku  melihat keriuhan manusia yang masih lagi sibuk menguruskan pendaftaran pengajian. Aku berjalan sambil mata melilau-lilau melihat keadaan sekeliling mencari pak su yang tiba-tiba hilang dari pandanganku sejak tadi. Ke manalah pak su ni, masa inilah dia nak berjalan-jalan, phone pun tak jawab. Adusss
           
     Boop!

Sedang mata aku leka mencari Pak su dan membebel di dalam hati seorang diri tiba-tiba aku terlanggar seseorang.
           “Aduh!”
Suara lelaki itu mengaduh kesakitan apabila dia jatuh terduduk di lantai. Kenapa aku yang tak jatuh, besar sangat ke badan aku ni. Sempat lagi aku bermonolog di dalam hati.
           “Ya Allah, maafkan sa..ya..sa..ya tak sengaja.” aku mula tersedar dan memohon maaf seperti orang gagap saja. Rasa bersalah apabila melihat lelaki itu jatuh tesembam bersama dengan beberapa buah fail yang bertaburan di sisinya. Tanpa berfikir panjang, aku terus membantu lelaki itu untuk berdiri semula.

           “Tak apa, saya boleh angkat sendiri.” lelaki itu bersuara lagi apabila dia melihat aku cuba berusaha membantu dia. Lelaki itu  terus berdiri dan mengelak jauh dari peganganku.
           Dia berdiri sambil membuang kotoran debu yang melekat di bajunya dan membetulkan kopiah putih yang tersemat di kepalanya. 

     Aku terkesima seketika apabila menatap wajah lelaki yang baru aku langgar tadi. Siapa yang memandang wajahnya pasti akan terpesona seperti ada cahaya saja yang menyinari wajah mulusnya bak cahaya Nur Ilahi yang bercahaya indah menyinari wajah Yusuf lalu mempesonakan wanita-wanita Mesir sehingga mereka tidak sedar jari sendiri terhiris dek terpukau akan keindahan wajah Yusuf a.s. Chewah... panjang menjelar ayat-ayat cinta yang terkeluar. Aku hanya senyum sendiri.
          
    “Sorry-lah sebab tak tengok masa berjalan, saya leka dengan fail-fail ni tadi.”
Lelaki itu mula bersuara dengan loghat utaranya sambil membongkok mengutip beberapa buah fail yang bertaburan di atas lantai. Aku juga turut membantu lelaki itu untuk mengambil fail-failnya.
           “Opss! Sorry..” secara tidak sengaja aku tersentuh tangannya ketika sama-sama mahu mengambil fail yang terakhir. Laju aku mengalihkan tanganku.
           Lelaki tersebut hanya berdiri dan berlalu dari situ. Aku hanya mampu melihat lelaki itu beredar dan hilang daripada pandangan.

           Aku memutuskan untuk menguruskan pendaftaran aku tanpa pak su kerana khuatir akan kesuntukan masa. Aku berjalan mencari meja yang tertera nama jabatan atau kursus aku untuk membuat pendaftaran, tiba-tiba mata aku tertancap pada seorang lelaki yang sedang sibuk menguruskan bakal pelajar yang sedang mendaftarkan diri. Sekali lagi aku terjumpa dengan lelaki yang baru sahaja aku langgar.
Dia AJK kut, macam sibuk je urus untuk pendaftaran program ni. Aku meneka di dalam hati. Tanpa berfikir panjang, aku melangkah perlahan mendekati lelaki tersebut yang berdiri disamping rakannya. Dalam diam, sempat lagi aku cuba mencuri pandang kad pelajar yang tersisip rapi pada bajunya yang jelas tertera namanya Mohd. Fadhil bin Othman. Ok..Aku dah tau dah nama dia.. He..he.. Aku hanya tergelak kecil seorang diri apabila menyedari kelakuan aku yang seperti tidak siuman.

       Lega rasanya setelah selesai menguruskan pendaftaran pengajianku yang memakan waktu hampir satu jam. Tambahan lagi dalam suasana yang agak sesak dipenuhi orang ramai yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar-pelajar baru, ibubapa dan keluarga yang turut serta dalam program pendaftaran.
           
    Setelah penat lelah tadi, aku melangkah lesu menuju ke sebuah kerusi kayu kosong tidak jauh dariku untuk melepaskan keletihan setelah berdiri terlalu lama. Mataku meliar lagi mencari kalau-kalau ternampak kelibat pak su yang sejak tadi tidak dapat dikesan. Tangan aku meraba-raba mencari  telefon bimbit aku yang aku campakkan ke dalam beg.

           “Mana phone aku nih, Aduii… macam poket doraemon pulak beg ni. Tu lah pasal pakai lagi beg besar ni.” aku membebel seorang diri tanpa menyedari ada seseorang sedang berdiri di sisiku.
           “Haa… Sini rupanya kamu, puas Pak su cari. Kenapa cakap sorang-sorang nih?.”
           Sapa Pak Su dengan nada sedikit mengusik agaknya dia mendengar aku membebel seorang diri. Wajah Pak su tampak ceria mungkin lega akhirnya menemukan aku setelah merata-rata mencari. Ibu sering memanggil Pak su dengan panggilan Anje. Dia merupakan anak kedua juga adik bongsu kepada ibu.
           Pak su sangat rapat dan manja dengan ibu sehinggalah sekarang, sebab itu ibu memanggilnya dengan nama Anje kerna sikap manjanya. Sejak ketiadaan ayah di sisi ibu, Pak su lah yang menggantikan tempat ayah untuk menjaga dan menguruskan ibu selepas ayah sudah kembali kepada pencipta-Nya sejak aku masih dalam kandungan ibu lagi. Setelah aku lahir ke dunia ini, aku tidak pernah mengenali lelaki bernama ayah apalagi melihat wajahnya. Pak su lah tempat aku bermanja dan menumpang kasih seorang ayah dan disebabkan rasa kasih dan tanggungjawab Pak su terhadap ibu, mungkin kerana itu Pak su masih belum mendirikan rumah tangga walaupun usianya hampir menjangkau 40 tahun.
           “Ni..Kila tengah cari phone dalam beg doraemon ni. Mana pulak dia menyorok? Eeee..” aku meleter lagi sambil tangan masih merayap menyelongkar isi kandungan beg yang memang penuh dengan pelbagai barang-barang yang aku sendiri tidak tahu kenapa aku membawa benda-benda yang aku sendiri tak perlukan.
           “Patutlah tak jawab pak su call, rupanya letak dalam beg. Macam mana nak jumpa, tengoklah dalam beg tu, Ya Allah.. Macam-macam ada, tengok tu duit seringgit tu pun dah renyuk main sumbat je. Tengok..ada lagi kulit gula-gula. Nak buat collection ke apa?”
Pak su pula yang membebel mungkin terkejut melihat isi kandungan beg aku apabila aku mengeluarkan sedikit demi sedikit barang-barang yang lama bersarang dalam beg aku. Aku hanya mampu tersenyum kerana malu di tegur begitu oleh Pak su.
“Nah, ambik air ni. Minum dulu, Kila mesti penat dan dahaga lepas bersesak dengan orang ramai tadi kan?” ucap pak su lagi sambil menghulurkan segelas air sirap kepadaku. Aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Pak su.



AKU yang sedari tadi masih setia menghadap komputer ribaku asyik menulis kisah yang berlaku sewaktu minggu pendaftaran di laman blogger masih tersengih-sengih. Macam orang sasau pulak! Aku tersenyum sendiri mencoretkan kisahku lagatnya seperti orang angau. Aku tidak dapat menyingkirkan ingatan aku pada lelaki itu. Aku masih teringat-ingat akan wajah lelaki yang bernama Mohd Fadhil. Entah kenapa bayangan wajahnya masih segar dalam ingatan. Mungkin dia hensem kut, boleh tahan apa dia.. Dahlah ada iras-iras macam Hairul Azreen je. Pelakon lelaki yang menjadi dambaanku. Entah-entah aku ni “jatuh cinta”kat dia. Aduh! Kenapa dengan aku? Dah mabuk ke? Mimpilah nak dapat orang macam tu. Sekali lagi aku bermain-main dengan andaian dan lamunan aku yang memang tak sudah.

No comments:

Post a Comment

Pembaca SETIA