Photobucket

sinopsis

Syakila...Seorang yang lincah dan aktif pada awalnya namun dia yang suka dengan kehidupannya yang bebas berbuat apa saja mula berubah sedikit demi sedikit untuk cuba menjadi seorang gadis yang ibunya harapkan namun begitu dia amat mengasihi ibunya walaupun tidak pernah sempat mengenali insan bernama ayah sejak lahir lagi.
Rayyan Izz Firas jejaka pertama yang berjaya bertapak di hati Syakila walaupun usia Rayyan jauh lebih matang darinya. Cinta yang sering mewarnai hidup Syakila tidak selalu indah, warna itu semakin pudar bila Rayyan sendiri mengkhianati makna CINTA yang sudah dibina selama tiga tahun.

Fadhil namanya saja jelas membawa makna 'selalu berbuat kebaikan dan mulia', seorang lelaki biasa tetapi bak "Putera Agama' bila menjadi perhatian gadis-gadis yang menaruh hati padanya, tidak terkecuali juga Syakila, terusik juga hatinya pada lelaki yang berasa dirinya sudah cukup baik dan sempurna.

Mursyid lelaki yang 'sweet' dan sangat lembut hatinya. Memendam perasaan pada Syakila yang di temuinya bila dia mula menjadi guru baru di sebuah sekolah Khas. Namun sebaliknya pada Syakila, dia tidak punya apa-apa perasaan padanya, tidak lebih seperti abangnya sendiri.

Namun di persimpangan hidup mereka terjadi sesuatu yang telah mengubah hidup Fadhil, Mursyid, Rayyan dan yang pastinya Syakila. Tidak di rancang, tidak pula menyangka, tiada juga mengundang tapi ia EXPRESS saja menyapa bila perkataan KAHWIN yang menjenguk kisah hidup mereka.
Berjayakah Mursyid mendapatkan hati Syakila dengan hanya memendam rasa? Adakah Rayyan masih tidak berputus asa menawan kembali hati Syakila? dan Adakah Fadhil juga punya perasaan yang sama cuma tidak mengakuinya?

fol

Baca lagi di PENULISAN2U...click -> Kahwin EXPRESS...

Bab Kahwin EXPRESS

Saturday 27 April 2013

To Kahwin EXPRESS Readers...

Views
Salam & Hi guys,

Sorry semua sbb after this maybe dp akan stop sekejap update bab seterusnya sbb skrg dp nak anta manuskrip novel Kahwin Express ni ke penerbit KaryaSeni so hope u guys faham and hrp bsabar utk bab sterusnya ya. If this manuskrip tak menairk minat pihak penerbit and x tpilih utk di publish.so plan dp just update novel Kahwin EXPRESS di blog ni je. Tolg doakan utk dp ya... =)

Monday 28 January 2013

Original Theme Songs of Kahwin EXPRESS Novel (On9 series)

Views
Salam semua readers...
dP ada suprise kepada Kahwin Express readers~
Nampak kan title blog kat atas tu... OST kahwin EXPRESS kan?
hehe... sorrylah belum update bab 18...
tp kepada siapa yg sentiasa jenguk ke blog dP ni, 
dP ada buat lagu untuk novel ni...
ceritanya tak tahulah macam mana pulak boleh buat lagu kan...
lagi-lagi untuk novel... jarang di buat orang... ada OST Novel pula gitu...hik2

suara dP pun tak adalah sedap sgt... dah tak ada tukang nyanyi nya..
suara dP pun boleh la... haha
but the point is lagu-lagu yang dP cipta ni mmg mengisahkan ataupun story teller utk novel Kahwin EXPRESS ni...
tp video lagu yang dP upload ni bukan full song version la
just a teaser sahaja...
so, enjoy la ya mendengar lagu novel yang bertajuk
'Kahwin EXPRESS'
=D

Maaf suara sumbang... Hahaha


Saturday 1 September 2012

Kahwin EXPRESS 7

Views
BAB 7

"KILA! Oooo…. Kila!!! Assalammualaikum…”

    Aku yang sedang asyik menonton drama korea kegemaranku terganggu apabila mendengar suara orang menjerit memanggil namaku di luar rumah. Mengacau je lah, masa cuti ni pun tak senang nak tengok aku rehat. Gerutu ku dalam hati. Aku lantas berdiri menjenguk ke luar tingkap kayu rumahku. 

CLICK READ MORE...

Pembaca SETIA