Photobucket

sinopsis

Syakila...Seorang yang lincah dan aktif pada awalnya namun dia yang suka dengan kehidupannya yang bebas berbuat apa saja mula berubah sedikit demi sedikit untuk cuba menjadi seorang gadis yang ibunya harapkan namun begitu dia amat mengasihi ibunya walaupun tidak pernah sempat mengenali insan bernama ayah sejak lahir lagi.
Rayyan Izz Firas jejaka pertama yang berjaya bertapak di hati Syakila walaupun usia Rayyan jauh lebih matang darinya. Cinta yang sering mewarnai hidup Syakila tidak selalu indah, warna itu semakin pudar bila Rayyan sendiri mengkhianati makna CINTA yang sudah dibina selama tiga tahun.

Fadhil namanya saja jelas membawa makna 'selalu berbuat kebaikan dan mulia', seorang lelaki biasa tetapi bak "Putera Agama' bila menjadi perhatian gadis-gadis yang menaruh hati padanya, tidak terkecuali juga Syakila, terusik juga hatinya pada lelaki yang berasa dirinya sudah cukup baik dan sempurna.

Mursyid lelaki yang 'sweet' dan sangat lembut hatinya. Memendam perasaan pada Syakila yang di temuinya bila dia mula menjadi guru baru di sebuah sekolah Khas. Namun sebaliknya pada Syakila, dia tidak punya apa-apa perasaan padanya, tidak lebih seperti abangnya sendiri.

Namun di persimpangan hidup mereka terjadi sesuatu yang telah mengubah hidup Fadhil, Mursyid, Rayyan dan yang pastinya Syakila. Tidak di rancang, tidak pula menyangka, tiada juga mengundang tapi ia EXPRESS saja menyapa bila perkataan KAHWIN yang menjenguk kisah hidup mereka.
Berjayakah Mursyid mendapatkan hati Syakila dengan hanya memendam rasa? Adakah Rayyan masih tidak berputus asa menawan kembali hati Syakila? dan Adakah Fadhil juga punya perasaan yang sama cuma tidak mengakuinya?

fol

Baca lagi di PENULISAN2U...click -> Kahwin EXPRESS...

Bab Kahwin EXPRESS

Wednesday 11 July 2012

Kahwin EXPRESS 2

Views
BAB 2
                               
DI KAMAR aku baring di atas katil sambil memeluk erat bantal kesayanganku yang sengaja aku bawa dari kampung. Kila…kalau rindu ibu, Kila peluk bantal ibu buat untuk Kila ni ye. Teringat kata-kata ibu semasa ibu memberikan bantal bulat merah jambu bercorak bunga indah pada sarungnya yang dijahit kemas oleh ibu.  Merah jambu bukanlah warna kegemaranku tapi ibu tahu aku suka warna merah jambu pada barang-barang yang comel.
                               
“Oii…pompuan… Asal kau peluk erat beno bantal tu? Boyfriend kasi ekk?” sedang aku mengelamun teringatkan ibu. Tiba-tiba teguran Rin mengejutkan aku, mungkin Rin menyedari lagatku seperti orang yang sedang mabuk cinta.
               
“Weii..Rin! Mana ada! Tak mainlah Boyfriend boyfriend!.” laju aku menjawab lantas itu tangan aku membaling bantal bulat di peganganku mengena tepat ke muka Rin.


CLICK READ MORE...


“Aduiii…!” Rin menjerit terkejut dengan lontaran yang tiba-tiba terjunam seperti bom ke arahnya.
                               
“Padan muka!” balasku lagi sambil mengekek ketawa.

“Hahaha.. Weii..Rin! Tak usah lah ekau nak buat muka macam tu. Menyampah den menengoknya. Muncung ekau tu dapat gantung hanger tau!.” Maria mengusik Rin dengan pelat bahasa negeri Rin apabila Rin menarik muncung setelah terkena pukulan bantal olehku.
                               
“Eeeee! Sukatilah! Sakit tau Kila! Kejamlah…” bidas Rin geram lalu melontarkan semula bantal ke arahku, sempat aku menangkap bantal dari terjunam ke atasku.

“Eleh.. Action kamen betul Kila tu! Tak main boyfriend boyfriend konon.!” Mimi pula tiba-tiba mencelah yang sejak tadi sibuk berbalas SMS dengan teman lelaki barunya.

“A’aa..Kila tu kedekut! Tak nak bagi tahu kitaorang!” sambil menarik muka masam Rin menyokong sindiran Mimi.
                               
“Tapi kan… Aku masih nak tau juga Kila ada boyfriend ke tak? Yela.. Dah nak dua bulan  kita kenal tak pernah pulak tengok Kila bergayut ke dengan pak we dia. Musykil pulak aku!” tebak Maria ingin tahu sedangkan persoalan itu memang aku cuba untuk sembunyikan.
                               
“Eeee.. korang ni, tak habis lagi! Pernah tak tengok aku main SMS macam korang? Ada tak? Tak ada kan! So..tak adalah.” ringkas saja alasan aku berikan dengan wajah penuh yakin.
                               
“Eleh… Tipu! Muka lawa macam Kila mesti ramai yang nak. Entah-entah memilih kut minah ni!.” Rin seperti dapat menghidu kepura-puraan yang cuba aku lindung.
                               
“Cakap je nak rahsia dari kitaorang! Wekkk! Kan Rin?” tepis Mimi lalu menjelirkan lidahnya kepadaku.
               
“Korang bukan tak tahu, Kila ni secret keeper. Tak pernah nak bagitau rahsia dia. Tapi dengan aku adalah sikit-sikit.” tempelak Maria sambil tersenyum sumbing.

Maria, Rin dan Mimi merupakan rakan sekuliah merangkap teman akrab sejak aku datang ke kampus tertua ini. Kami belajar dalam jurusan yang sama. Kami mula semakin dekat apabila aku dan Maria mendaftar kolej yang sama manakala bilik Rin dan Mimi pula bersebelahan dengan bilik aku di kolej kediaman Raja Dr. Nazrin Shah atau dikenali sebagai kolej kediaman ke-12.
                               
No no no! Mana ada secret-secret. Korang ni….” desisku lagi apabila mereka mengesyaki aku cuba berselindung dari mereka.
                               
“Aku tahu macam mana nak bagi minah ni bagi tau kita?” cadang Mimi kepada Maria dan Rin sambil keningnya di gerak ke atas dan ke bawah.
                               
“Macam mana?” tanya Maria dan Rin serentak. Wajah aku sudah bertukar cuak apabila melihat mereka seperti sedang tekad untuk mengorek rahsiaku.
                               
“Yahhhhhhhh! Kenakan dia!” Mimi berdiri lalu berlari menerpa ke arah aku diikuti Maria dan Rin yang bingkas bangun dan menimpa aku yang berbaring di atas katil. Tidak terdaya kudratku mengelak dan melawan tenaga mereka. Aku hanya mampu menjerit meminta mereka berhenti menimpa dan menggeletek aku. Ruang bilik kami gamat dengan suara teriakan dan deraian tawa kami.
               
Tok! Tok! Tok!

                Sedang kami berempat asyik bersandiwara tiba-tiba ada bunyi ketukan di muka pintu bilik. Kami yang sedang seronok berceloteh terhenti apabila ketukan itu semakin kuat bunyinya. Aku, Maria, Mimi dan Rin yang berada di dalam bilik semuanya terdiam dan kaku apabila bunyi ketukan pintu itu semakin kuat seperti mahu pecah pintu itu dibuatnya. Kami saling pandang di antara satu sama lain kehairanan siapalah yang mengetuk pintu seperti di kejar dek hantu. Kami di situ masing-masing diam dan menunjukkan reaksi tidak mahu membuka pintu.
                               
“Buka pintu ni! Saya ketua blok!”

Orang dari luar mula bersuara keras apabila kami masih tidak membuka pintu. Aku tertanya-tanya sendiri, kenapa ketua blok tiba-tiba datang? tanpa berfikir panjang lagi, aku terus bangkit dari katil dan berjalan menuju ke pintu khuatir kami terpaksa menanggung hukuman lain pula jika masih tidak membuka pintu. Mimi, Rin dan Maria hanya mampu diam memandang antara satu sama lain kerana masing-masing kecut perut kenapa ketua blok tiba-tiba ke bilik. Sampai saja di depan pintu, aku memandang lagi ke arah Maria, Mimi dan Rin. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan tindakanku. Tanganku terus mencapai tombol pintu dan perlahan tombol pintu aku putar.

          “Cak! Ha..ha..ha!” 
                               
“Lahh… Korang rupanya! Ketua blok konon.. eee..” desahku geram. Rupanya rakan sekelas aku yang sengaja menakut-nakutkan kami. Mereka sudah pecah perut ketawa berdekah-dekah melihat muka aku yang pucat, cuak. Lawak sangatlah tu!
                               
“Weeeiiii… Zila! Amy! Gila lah korang ni! Buat suspen je!” jerkah Rin lalu berlari menerpa ke arah Zila dan Amy yang mempermain-mainkan kami.
                               
“Yela! Asal korang ni?! Nasib aku ni tak ada sakit jantung tau!” seloroh Mimi yang duduk bersimpul di hujung katil sambil mengusap-usap dadanya.
                               
“Lahhhh… Over-Nya korang ni. Kitaorang main-main je lah! Korang tu bising! Malam-malam menjerit menggilai macam kuntilanak! kitaorang kat luar ni pun boleh dengar. Kang wakil aras, ketua blok betul-betul datang baru tau!” tekan Zila lagi masih ada sisa ketawanya.
                               
“Yeke? Ha..ha..ha… Alah, biasalah kalau dah bising tu..” Maria pula menyahut dari dalam.
               
“Ni..Kitaorang datang ni nak bagi hadiah baik punya…” kata Amy sambil menghulurkan beberapa helai kertas A4.             

“Apa ni? Lahhh… Assignment lagi!” rungut Rin yang menyambut helaian soalan tugasan daripada Amy.

“Siapa bagi?” soal aku ringkas.
                               
“Siapa lagi! Pondan tu lah!” laju Zila menjawab tanpa berselindung sambil membuat gaya seperti mak nyah. "Class kau nok! Kih.. kih..."
                               
“Ha.. ha..ha Gila lah ko pompuan! Rizal tu kan wakil kelas kita.. Kalau dia dengar, penuh air liur basi dia kat muka kau tu! Kalah burung murai kalau mulut laser dia tu dah buka!” Rin membalas dengan mulutnya terlopong besar ketawa.

               
                HUJUNG minggu ini Maria, Rin dan Mimi tidak pulang ke rumah masing-masing kerna katanya mereka mahu menyiapkan tugasan-tugasan yang bertimbun yang harus dihantar minggu depan. Aku memang sudah masak dengan perangai mereka jika sudah pulang ke rumah, memang tak tersentuh kerja kuliah yang berlambak. Aku yang jarang pulang ke kampung berasa gembira kerana tidaklah aku tinggal sendirian di kolej walaupun banyak aktiviti kolej yang aku boleh ikut.

“Kila… ni gambar kau dengan siapa?” soal Mimi apabila dia terpandang sebuah bingkai gambar kayu kembar yang baru aku letakkan di atas meja belajar bersebelahan katilku. Perlahan dia berjalan mendekati meja lantas tangannya mencapai bingkai gambar yang berisi gambar aku bersama ayu dan di bingkai sebelah pula gambar aku bersama ibu.

“Seingat aku tak ada frame atas meja kau ni dulu kan? Baru beli ke frame ni? Smart-lah..” Rin yang sejak tadi meniarap di atas katilku sambil menghadap laptop sedang melayan rakan mayanya di laman facebook bingkas duduk di birai katil turut melihat bingkai gambar yang Mimi katakan tadi.

“Baru beli.. Hari tu Kila ikut aku balik. Kitaorang ada pergi jalan-jalan kat uptown, masa jalan-jalan jumpalah frame twin ni, teruslah beli. Lawa kan?” Maria bersuara menjawab bagi pihak aku.

“Lima ringgit je aku beli, mula-mula dia letak harga tu sepuluh ringgit, aku main tawar menawar last last dia bagi aku lima ringgit je. Aku menang!” jelasku sambil tangan masih sibuk menggantungkan pakaian yang baru aku gosok ke dalam almari.

“Ni mak kau ekk? Gambar sebelah ni siapa pulak?” tanya Rin lagi lalu menunjukkan gambar di dalam bingkai.

“Bak sini… yang gambar aku peluk ni lah ibu aku.. gambar sebelah ni gambar aku dengan kawan baik aku kat kampung, Ayu nama dia.” aku lantas duduk bersandar pada katil sambil menatap lama gambar dua insan yang amat aku rindui. Tiba-tiba memori di kampung bersama mereka membuai lamunanku.


“Weiii!! Kila!! Kilaaaaa!!! Haiii……!” jerit Ayu dari jauh dengan kakinya lancar mengayuh basikal usang yang dimilikinya sejak zaman sekolah sambil melambai-lambaikan tangan kepada aku yang sedang menyapu daun-daun kering di halaman luar rumah.
                               
Ayu merupakan sahabat baikku di kampung dan juga rakan sekelasku sejak dari tingkatan 1. Aku hanya tersenyum melihat sikap Ayu yang tak pernah berubah dengan perangai lincah dan terlebih aktif  yang tidak se-ayu namanya. Gelakku dalam hati kerana geli hati melihat sikapnya yang periang dan tidak pernah lekang senyuman di wajahnya yang hitam manis dan kecil molek itu.
                               
“Oii… Kila, kau ni aku datang nak jumpa kau! Dahlah lama tak jumpa, aku dari jauh dah terlambai-lambai. Tak ada respon langsung!” protes Ayu yang tidak puas hati melihat reaksiku sambil mulutnya muncung ke hadapan melihat aku yang bersahaja menyambut kedatangannya.
               
“Yela.. orang tu datang rumah orang bukan nak bagi salam dulu, terjerit-jerit macam orang gil…” belum sempat lagi aku menghabiskan ayatku.
                               
“Weii.. gila, gila jangan sebut aaa… Gila aku kawan kau juga kan?!” bentak Ayu dengan jari telunjuknya yang di ayunkan ke kiri dan ke kanan tanda tidak setuju.
                               
“Kila, betul ke kau dapat sambung U? U mana? Belum puas aku nak melepak dan membuli kau. dah nak tinggalkan aku sorang sini!” ngomel Ayu yang masih berdiri di sebelah basikalnya.

Aku berjalan perlahan menuju ke pangkin, Ayu mengekori langkahku dengan menuntun basikalnya dan menongkatkan stand basikal. Ayu mengambil tempat duduk di sebelahku, duduk di atas pangkin berlapik tikar getah.
                                     
“Asal kau tak apply U haritu, kan aku dah bagitahu kat kau. Kalau tak mesti kita dapat sambung belajar sama-sama, result STPM kau OK ape... Rugilah kau tak try.” ujarku lagi sambil memberikan pandanganku.
                               
“Kau tak apalah Kila, Pak su kau ada… boleh tolong kau dan mampu nak hantar kau belajar. Aku ni, dahlah anak sulung, masih ada adik-adik kecil yang sekolah. Aku tak naklah bebankan orang tua aku. Baik aku kerja tolong mak bapa aku. Lagi pun aku dah dapat kerja tau! Taklah aku jadi penggangur terhormat je dekat rumah”

Jelas Ayu panjang lebar lalu tersenyum memalingkan wajahnya. Aku tahu di balik senyuman itu ada sesalan dan kesedihan yang tersembunyi. Aku mengeluh di dalam hati mengasihani nasib sahabatku itu.
                               
“Aku bukan apa Kila, aku tahu lah kita boleh buat pinjaman masa study nanti tapi belajar bukan sebulan dua, ambil masa bertahun-tahun. Aku risau apa-apa boleh terjadi dalam masa bertahun tu, lagipun ayah aku tu ada sakit, tak larat nak bekerja kuat sangat.”
                               
“Yela, aku faham tu Ayu, tak apalah aku sokong apa pun keputusan kau. Lagi pun.. Kau dah ada kerja.. OK lah tu!” balas aku lagi sambil menguntum senyuman kepada Ayu.
                               
“Eh, Ayu.. Mana Abang Mursyid? Lama dah rasanya tak nampak batang hidung dia kat sini?” Aku cuba menukar topik perbualan.
               
“Opsss! Ingatkan dah tak nak tanya pasal dia…” sambil tapak tangan ayu menutup bibirnya.
               
“Asal pulak kau ni, salah ke nak tanya hah? Kan dulu setiap hujung minggu mesti ada je dia sini. Apa.. dia buat kelas bahasa arab kan untuk budak-budak kampung kita...” terang aku lagi.
               
“Yela, memanglah. Mana lah aku tahu asal dia tak pergi sini lagi. Kut merajuk kat kau..." Aku sudah menarik muka hairan mendengar ujar Ayu. Ayu menyambung semula bicaranya. "Last kau jumpa dia hari tu pun bila? Raya tahun lepas kan! Tu pun kau dok sibuk layan si Izz je.”
                               
So? Apa kena mengenanya?”
                               
“Eeeee… budak ni. Kau tak nampak ke?”
                               
“Nampak! Aku nampak sangat batang hidung kau…” selorohku lagi sambil mengekek ketawa.
                               
“Buat lawak pulak aaa.. Kila..Kila, kenapalah ada juga orang sengal macam kau ni..”
               
“Apa kau cakap? Sengal! Nah!” balasku lantas itu jari aku hinggap ke lengan Ayu.
               
“Aduh! Sakitlah!" Ayu mengaduh. "Tak adalah Kila, kau tak nampak ke abang Mursyid tu memang syok kat kau dari dulu lagi?”

 “Entahlah! Ada ke?” aku membuat-buat gaya orang berfikir sambil jari aku mengaru-garukan kepala yang tidak gatal. Ayu hanya mengulum bibirnya meluat melihat reaksiku. Aku sebenarnya juga perasan akan tingkah abang Mursyid terhadapku. Layanannya padaku berbeza sekali bila dia bersama aku. Aku sendiri bingung dengan abang Mursyid. Namun aku tidak berani membuat kesimpulan melulu, macam syok sendiri pulak aku nanti!

“Kau ingat tak? First time kita jumpa abang Mursyid dulu.. Kan lepas kita habis SPM, kita keja part time kat Sekolah Khas, masa tu kita tumpang tinggal rumah pak su kau. Pertama kali dia pandang kau, tak berkelip mata dia!” ujar Ayu lagi mengimbas saat pertemuan kami dengan abang Mursyid sambil ketawa mengekek. 

Aku dan Ayu bekerja sementara di salah sebuah Sekolah Pendidikan Khas di Skudai dan abang Mursyid pula guru yang baru melaporkan diri untuk menggantikan guru yang telah berpindah ke sekolah lain.
               
“Eeee.. Sembarangan kau ni. Tak mungkinlah orang macam abang Mursyid tu suka spesis macam aku nih.”

“Asal? Sebab dia ustaz ke kau tak nak kat dia? Weii…O rang sekarang tak tengok putera raja tau nak cari suami, putera agama yang orang nak!" bermadah pujangga pulak Ayu ni. Gerutu ku dalam hati.
                               
“Ish… kau ni, maksud aku.. mana lah dia nak perempuan macam aku ni! Dahlah tak tutup aurat.. sembahyang pun masih rongak-rongak..Tengok ni, tak pakai tudung..” desahku lagi sambil tangan aku menggurai-urai rambutku kepada Ayu.
                               
“Sukati kau lah Kila... Kalau aku, tak adanya nak menolak orang macam tu, dah macam imam muda aku tengok.” ucap Ayu lagi dengan lagatnya seperti orang yang sedang angau.

“Eeee.. Berangan je. Banyaklah kau punya Imam muda. Pakai tudung tu dulu!”

“Ehhhh.. memang aku dah ada niat tau nak pakai tudung. Mesti orang cair tengok ke-AYU-an aku ni kan..” madah Ayu dengan menekankan namanya.

Aku malas mahu melayan karenah Ayu lagi. Kalau di layan tak ada sudahnya. Aku sudah tidak senang duduk bila Ayu membuka cerita pasal abang Mursyid. Sebenarnya aku tahu dan sedar kesungguhan abang Mursyid cuba mendekati aku dengan lebih rapat tapi saat itu hati aku masih punya cinta insan bernama Rayyan Izz Firas.

“Hah! Kau ni bila nak pakai tudung? Kalau ibu kau tak suruh sorry-lah nak tengok kepala tu ada tudung. Tak insaf-insaf aku tengok kau ni. Entah banyak setan kot. Ha..ha..ha.” tempelak Ayu tidak berlapis bahasanya apabila melihat aku menung sendiri.

“Eeee.. mulut tu! Aku cabai kang!”

Sorry ler, Gurau je.. Janganlah cubit!” Ayu menahan-nahan tangan aku yang sudah siap sedia mencapai ke lengannya.

“Weii.. Kila, kau tahu tak si Mira nak kahwin tau hujung tahun ni! Dia cakap kat aku dia nak bertunang dulu bulan depan.” Ayu cuba menukar cerita daripada terkena bisa cubitanku.
               
“Yeke? Wah...Best-nya! Siapa bakal suami dia?” ujar aku gembira bercampur terkejut apabila mendapat tahu rakan sekolahku dulu bakal mendirikan rumah tangga.
               
“Aidil.. Alah.. Cikgu Aidil yang ajar kita subjek Add Math dulu. Ha.. Kau ni bila nak kahwin, si Izz tu masih boyfriend kau kan?” usik Ayu berupa pertanyaan dan pada saat itu juga tangannya tiba-tiba hinggap ke lenganku.
                               
“Aduii… sakitlah! Apa cubit-cubit ni. Tangan bisa macam Cikgu Lina lah!” lalu kami berderai dengan ketawa kerana teringat kembali dengan Cikgu Lina yang sememangnya terkenal dengan cubitannya yang berbisa itu.
                               
Soalan Ayu ku biarkan dengan tanda tanya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk aku menjawab pertanyaannya itu. Adakah ruang untuk hatiku menerima seseorang bergelar lelaki lagi dalam hidupku setelah kepercayaanku pada bangsa lelaki semakin menipis. Serik rasanya untuk menerima atau mencari cinta kerana hatiku pernah terluka oleh seseorang yang amatku kasihi selama tiga tahun menabur cinta dan mengikat janji namun hubungan itu berakhir dengan perpisahan dan air mata.
                               
Rayyan Izz Firas, seorang insan yang pernah bertakhta di hatiku suatu ketika dulu. Aku sedar perbezaan hidup yang aku dan dia jalani. Apalah ertinya cinta pada manusia yang bersifat sementara berbanding cinta kepada Yang Pencipta yang abadi dan lebih mulia. Keluhku dalam hati kerana sering tewas dengan nafsu yang tidak dapat lari daripada fitrah manusia yang ingin dikasihi dan mengasihi walaupun jauh disudut hatiku aku tahu cinta selayaknya dan berhak untuk seseorang yang bergelar suami.
               


     BABE..Cuba kau tengok SMS ni. Kila!! Oiiii! Yuuuhuuuu… Lah... ingatkan dia dengar, tengok tu... Datang balik dah sindrom mengelamun budak ni!” ngomel Maria apabila aku masih setia memegang bingkai gambar aku yang sejak tadi asyik terbuai dengan lamunan penemuan aku dan Ayu dulu.
                               
“Kalau spesis macam ni Maria, tak guna kau guna mulut je, kau kena berdiri dan….” kata Rin lalu bingkas bangun dan menuju ke arahku.

Bushhhhhh!

“Adoiiiiiiii….Oii! Rin! Sakitlah!” bentakku apabila terkejut dengan pukulan bantal oleh Rin.

“Hah! Padan muka, berangan mengelamun mimpi kau yang tak sudah tu!”  leter Rin tanpa rasa bersalah.

“Mana ada! Aku tengok gambar kawan aku ni haa..” Aku memberi alasan sambil mengsuap-usap lembut cermin bingkai gambar aku bersama ayu di pangkin rumahku.

“Mana gambar kitaorang?” ujar Mimi dengan air muka yang sedih.

“Ek.. eleh pompuan ni, sukati Kila lah nak letak gambar siapa. Sibuk je!” balas Rin meluat melihat Mimi yang merajuk manaj.

“Alah… kita belum ada gambar together gather lagi kan. Nanti kita ambik gambar sama-sama, lepas tu aku beli lah frame lagi besar bapak punya letak gambar kita OK Mimi?? Hehehe..” sengaja aku mengusik Mimi. Mimi hanya mencebikkan bibirnya. Maria dan Rin hanya mampu ketawa mendengar gurauanku.

No comments:

Post a Comment

Pembaca SETIA