Photobucket

sinopsis

Syakila...Seorang yang lincah dan aktif pada awalnya namun dia yang suka dengan kehidupannya yang bebas berbuat apa saja mula berubah sedikit demi sedikit untuk cuba menjadi seorang gadis yang ibunya harapkan namun begitu dia amat mengasihi ibunya walaupun tidak pernah sempat mengenali insan bernama ayah sejak lahir lagi.
Rayyan Izz Firas jejaka pertama yang berjaya bertapak di hati Syakila walaupun usia Rayyan jauh lebih matang darinya. Cinta yang sering mewarnai hidup Syakila tidak selalu indah, warna itu semakin pudar bila Rayyan sendiri mengkhianati makna CINTA yang sudah dibina selama tiga tahun.

Fadhil namanya saja jelas membawa makna 'selalu berbuat kebaikan dan mulia', seorang lelaki biasa tetapi bak "Putera Agama' bila menjadi perhatian gadis-gadis yang menaruh hati padanya, tidak terkecuali juga Syakila, terusik juga hatinya pada lelaki yang berasa dirinya sudah cukup baik dan sempurna.

Mursyid lelaki yang 'sweet' dan sangat lembut hatinya. Memendam perasaan pada Syakila yang di temuinya bila dia mula menjadi guru baru di sebuah sekolah Khas. Namun sebaliknya pada Syakila, dia tidak punya apa-apa perasaan padanya, tidak lebih seperti abangnya sendiri.

Namun di persimpangan hidup mereka terjadi sesuatu yang telah mengubah hidup Fadhil, Mursyid, Rayyan dan yang pastinya Syakila. Tidak di rancang, tidak pula menyangka, tiada juga mengundang tapi ia EXPRESS saja menyapa bila perkataan KAHWIN yang menjenguk kisah hidup mereka.
Berjayakah Mursyid mendapatkan hati Syakila dengan hanya memendam rasa? Adakah Rayyan masih tidak berputus asa menawan kembali hati Syakila? dan Adakah Fadhil juga punya perasaan yang sama cuma tidak mengakuinya?

fol

Baca lagi di PENULISAN2U...click -> Kahwin EXPRESS...

Bab Kahwin EXPRESS

Tuesday 17 July 2012

Kahwin EXPRESS 3

Views
          Bab 3

           AWAN di luar nampak mendung dan gelap, mungkin sekejap lagi hujan pasti akan turun membasahi bumi. Beberapa minit kemudian terdengar deraian air hujan rintik-rintik mula turun dari awan mendung menikam ke muka jendela kamarku. 

   Aku baru selesai menyiapkan beberapa tugasan lalu melontarkan pandangan ke luar tingkap. Aku melihat tasik buatan di depan kolejku yang kelihatannya taman rekreasi itu kosong tiada manusia tidak seperti selalu, mungkin kerana cuaca yang tidak mengizinkan.
           
CLICK READ MORE...



           Sudah dua bulan aku berjauhan dari ibu. Dalam kiraan aku, empat minggu lagi dah cuti mid sem. Kali terakhir aku call ibu seminggu yang lepas. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku call ibu setiap hari tapi apa kan daya, alamatnya tak makanlah aku kalau asyik top-up prepaid je. Aku mengadu keseorangan.
                       
Hujung minggu ini aku tinggal sendirian kerana Maria, Mimi dan Rin pulang ke rumah masing-masing. Maria ada mengajak aku pulang ke rumahnya yang berada di Klang tapi aku menolak kerna sudah sering mengikutinya. Berasa segan pula kerana selalu mendapat layanan yang terlalu baik daripada keluarga Maria. Rasa terhutang budi kepada Maria dan keluarganya. Kalau kampung aku dekat pasti aku juga akan pulang pada setiap minggu. Aku melontarkan pandangan aku kosong ke luar tingkap memandang hujan yang turun. Dingin bila angin luar menjerkah masuk melalui bukaan jendela ke wajahku.
           
     
     SUASANA di taman kelihatan meriah bila dikunjungi ramai pengunjung yang datang bersama-sama keluarga. Di hujung minggu beginilah mereka mencuri masa bersama keluarga dan keluar bersama sahabat handai melakukan pelbagai aktiviti riadah. 

   Pemandangan tasik buatan yang indah, rimbunan pokok-pokok dan tumbuhan menghijau subur menyerlahkan keindahan bumi sehingga dapat menenggelamkan binaan bangunan-bangunan yang megah berdiri di sekelilingnya. Aku melihat jam tangan Casio bertali kulit merah jambu di pergelanganku menunjukkan ke pukul 5.30 petang.

        Aku meremas lembut rambutku yang ditiup angin petang. Sekali-sekali aku melihat baju yang aku pakai, OK lah ni. Detik aku dalam hati bila aku mengenakan blouse button berwarna coklat bercorak bunga rose sebesar butang di tanah bajuku yang labuh hingga ke paras lutut dan dikenakan dengan seluar jean hitam, digayakan dengan kasut kanvas hijau. Kasut kanvas? hijau? Itu aku rasa macam pelik je. Hampeh! Detikku lagi. 

     Aku terpaksa memakai kasut kanvas ni kerana hanya kasut ini saja yang aku sempat capai semasa terburu-buru keluar. Inilah akibatnya kalau dah jenis yang suka pakai kasut, nak pakai sandal pun macam tak rupa sandal, macam selipar jepun adalah aku tengok. Macam bukan perempuan saja tak reti nak pakai kasut yang ladies sikit macam high heel ke.. Macam mana nak pernah nya kalau beli pun tidak. Malas aku hendak memperdulikan penampilan aku. Jadi diri sendiri lagi bagus. Fikirku lagi. 

    Aku duduk di sebuah bangku kayu berdekatan dengan tasik masih setia menunggu kedatangannya. “Kila…” ada suara menegurku dari belakang.
           
          “Ehhh abang Izz dah sampai, duduklah...” aku bingkas bangun berdiri melihat orang yang aku tunggu sejak tadi sudah muncul di hadapanku.

Rayyan Izz Firas adalah nama pertama yang terukir di hatiku. Izz adalah panggilan yang aku gunakan untuknya, tetapi rakan-rakannya yang lain rata-rata memanggilnya dengan nama Rayyan sahaja. Kerna usia Izz lebih lima tahun tua dari aku, aku lebih selesa memanggilnya dengan gelaran abang. 

Sudah hampir tiga tahun kami berkenalan dan mengukir cerita cinta. Pertemuan kami di pameran, lelong barangan antik yang diadakan di muzium dulu semasa aku mengikut rombongan sekolah menanamkan benih cinta saat pertama kali mata kami bertaut.
           
It’s OK. This conversation only takes a minute..” balasnya menolak pelawaanku. Mimik mukanya seperti malas mahu bercakap. 

Aku sedikit pelik mendengarnya tapi aku biarkan saja, mungkin dia nak ajak aku pergi makan kut lepas ni. Teka aku lagi. Dia  berdiri berpeluk tubuh, diam seperti sedang mengatur ayat yang tepat untuk menyambung bicaranya. Sekali-sekali dia memandang ke kiri dan kanan.
           
“Kenapa abang tiba-tiba nak jumpa Kila? Bukan minggu ni lah Kila balik JB. Minggu depan Kila balik kampung..” tebakku lagi bila aku menyangka mungkin Izz terlupa kerana dia yang beria-ia mahu menghantar aku pulang selepas seminggu aku mengikuti kursus di Kuala Lumpur. 

“Abang ni serious sangatlah.. Buat Kila nervous aje.” luahku lagi dengan nada getar bila masih belum menerima respon dari abang Izz. 

Perwatakkannya jelas berbeza sekali beberapa hari ini, SMS pun macam nak tak nak. Sekali-sekali matanya memandang aku dari atas hingga ke bawah. Dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu tapak tangannya mendekap ke muka. Dari kelakuannya mula buat aku resah dan tidak senang berdiri.
           
     “OK..Let's make it simple, from now on.. there's nothing between us...” ucapnya dengan wajah selamba.
           
     “Hah?..” 
     Bukannya aku tidak dapat menangkap makna di sebalik kata-katanya, aku hanya berasa pelik bila dia tiba-tiba berbicara seperti mahu menamatkan hubungan kami. Sedangkan aku rasa aku dan dia sudah seperti merpati dua sejoli. Saling cinta di antara satu sama lain, sudah berjanji cinta sampai ke akhirnya. Fuh! Benarkah begitu? Dia melihat wajah aku yang berkerut seperti tidak memahaminya. 

   “Tak faham ke?! It's over! Antara kita dah tak ada apa-apa. Faham?!” tengkingnya lalu mencapai Blackberry Torch 9800 di dalam beg poket di sisi pinggangnya. Laju jarinya  menekan huruf-huruf di touch screen-nya seperti sedang menghantar pesanan ringkas kepada seseorang. Aku masih berdiri membuat muka toya, blur!

    “Abang… Janganlah bergurau benda macam ni. Kila tak suka lah.. Nanti Kila tak nak jumpa abang lagi baru tahu.” tebakku lembut kerana meneka dia hanya membuat gurauan.
           
    “No! I’m serious…” balasnya dan kini dengan nada lembut tapi wajahnya tampak seperti menahan geram dengan mengetapkan giginya. 

     Lama aku menatap wajahnya, air mukanya sikitpun tiada tanda-tanda sedang membuat gurauan.

     “I'm going to get married…....and for sure, the bride wouldn't be you....” tidak berlapis kata-kata yang baru terpancul keluar dari bibirnya. 

    Aku bertanya sendiri betul ke ini abang Izz atau aku yang salah orang. Aku tergopoh-gopoh mencari telefon bimbit aku di dalam beg sandang di atas kerusi, laju jari aku menekan speed dail nombor 2. Kedengaran nyaring bunyi telefon bimbit abang Izz bila. Sekarang aku yakin aku tidak tersalah orang. Dia hairan melihat kelakuan aku yang seperti orang bodoh.

    "Idiot..." kecamnya walaupun suaranya seperti berbisik tapi masih jelas didengar olehku.
           
    “Abang… Kenapa ni abang? Cakap benda bukan-bukan macam ni. Abang tahu kan Kila sayangkan abang.. Abang pun sayang Kila kan?...” luah aku lembut lalu melangkah dekat cuba menyentuh telapak tangannya.
           
     “Sorry Kila!" selanya sambil kedua tangannya di angkat ke atas mengundur ke belakang mengelak peganganku. Sedih hatiku bila diperlakukan begitu tak ubah seperti sampah olehnya.

     "Sorry to say, sebenarnya dari awal lagi aku tak serious pun dengan kau Kila. Aku suka-suka je untuk hilangkan boring.. Sayang? Rasa suka pun tak ada, apa lagi nak buat bini?! Jauh sangatlah.. Dalam mimpi bolehlah... and for your information, ibu aku tak akan benarkan aku kahwin dengan perempuan yang tak tahu asal usul hidupnya, macam kaulah.." terasa menyengat  setiap bait-bait katanya mengena ke telingaku.
       
          "Macam manalah pompuan ni boleh ingat aku ni betul-betul syok dekat dia..bukan taste aku kot!.." bisiknya dalam nada tegas. Walaupun tika itu matanya memandang kosong tasik di hadapannya tapi masih dapatku dengar sehingga terasa jauh ke dalam hatiku.
         
          Aku terkesima mendengar setiap bait kata-kata yang keluar dari bibirnya, seakan-akan selama ini hanya aku yang tergila-gila dan mengejar-ngejarnya. Habis, apalah erti selama hampir tiga tahun janji yang dicipta, cinta yang disemai sehingga aku menyerahkan hati,jiwa dan ragaku kepadanya tapi pada hakikatnya aku tak ubah seperti patung permainannya selama ini semata-mata. 
   
    Aku masih cuba menguatkan diri walaupun saat itu perasaan aku  hanya Tuhan yang tahu.

    "Kau sedar tak, aku dengan kau macam langit dengan bumi! Tak sesuai langsung.. So, aku rasa dah jelaskan sebabnya kita perlu berpisah. Aku pun malu nak mengaku kau tu girlfriend aku..Pfff..” Ucapnya lirih,tidak sedikit pun cuba berselindung atau menggunakan perkataan yang lebih lembut yang tidak mengecilkan hati sesiapa yang mendengarnya.
           
    “..and Rayyan only loves me.. that's the only reason yang you kena terima. Sorryand you tahu tak, perempuan kampung macam you ni mesti nak satu je dengan lelaki macam Rayyan ni kan….No wonder-lah!.” tiba-tiba muncul seorang gadis yang entah dari mana datang terpancul dan mengherdik aku dengan kata-katanya yang penuh isi tersirat lalu menjeling tajam kepadaku.
                  
   "This is Qistina, my cousin and FYI my wife-to-be.." sebut Izz dengan senyum terukir di wajahnya sambil tangannya merangkul pinggang gadis itu. Sekali aku lihat rupa paras gadis itu seperti mengalahkan model bergaya berdiri di sisi Izz dengan skirt polkadot pendek dan rambutnya yang berwarna kuning seperti selama ini dia mandi dengan air yang berkarat dan bajunya yang macam tak cukup kain menampakkan pusat dan lengannya. Tapi muka memang lawalah, lelaki mana tak cair…
                       
        Belum sempat lagi semua kata-kata Izz tadi dicerna sepenuhnya dalam otak aku, drama yang abang Izz lakonkan dengan perempuan di depanku kini semakin menyemakkan lagi kepala aku. Seperti terkena sasaran tembakkan setelah apa yang baru dituturkan oleh badut sarkas bernama Qistina tadi seperti beribu butir peluru yang menerpa ke arahku, sakitnya hingga terasa ke dalam jantung. 

    Tika itu lidah aku seperti kaku membatu untuk bersuara walaupun beribu rasa di hati ini untuk diluahkan. Aku lihat ke dalam diriku. Aku sedar siapalah aku di mata Izz, gadis kampung yang berangan mengimpikan hidup seperti Cinderella yang akhirnya bertemu dengan putera impiannya.

Abang Izz seperti tidak mengendahkan sedikit pun perasaan aku. Dia memalingkan pandangannya seperti jijik melihat aku. Ada kilauan air jernih bergenang di kelopak mataku. Sakitnya dan bisa racun yang  disembur oleh dua manusia di hadapanku seperti pisau yang menikam ke dalam hati aku sehingga hancur tidak tertinggal sedikit pun. 

Hanya air mata yang menemaniku saat abang Izz pergi bersama Qistina meninggalkan aku sendirian tanpa menoleh kepadaku lagi. Aku hanya terduduk di bangku terus menangis sehingga terhenjut-henjut bahu menahan sedih. Aku tidak lagi menghiraukan pandangan orang ketika itu. Sesak di dada, seperti menahan bebanan yang tidak tertanggung beratnya, sakit dan pedih angkara dia, Rayyan Izz Firas!

         
          Bip!Bip!
           
          Tiba-tiba lamunan aku di ganggu oleh bunyi pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit aku.
                       
          Hai Kila, Sorry kalau abg ganggu Kila. Kenapa tak reply SMS abg?Kila busy ke?
                       
           Aku menerima pesanan ringkas lagi daripada Izz. Mahu saja aku ambil pemadam dan padamkan ukiran namanya dalam ingatan dan sisa yang masih berbaki di dalam hati aku. 

         Rayyan Izz Firas, hampir seminggu dia menghantui aku dengan puluhan atau ratusan SMS, aku sendiri tidak pasti. Panggilannya aku biarkan berdering dan mati sendiri. Aku hanya membisu tidak membalas satu pun pesanan yang diberi olehnya. Aku hanya membaca pesanan yang sama diberi kepada aku dan membuangnya dalam kotak SMS. 

         Saat ini aku hanya ingin mengubati luka yang sekarang masih berbalut parut cinta yang tidak kesampaian yang telah diukir oleh manusia bernama Rayyan Izz Firas. Aku tidak akan pernah membiarkan lelaki durjana itu menyambung luka yang masih belum sepenuhnya sembuh kerna aku khuatir ia akan membinasakan cinta dan kepercayaan aku pada makna CINTA.
           

           
          "KILA..Weii.. Kila!!?”
                       
                   Mimi yang sedari tadi menjerit memanggil namaku seperti angin lalu sahaja suaranya tidak mengena ke telingaku. Mimi mengejar aku dengan berlari anak apabila melihat aku terus keluar dari bilik tidak mengendahkan panggilannya.

      Dalam kiraanku, kurang tiga minggu lagi cuti pertengahan semester. Tidak sabar hendak pulang ke kampung untuk menenangkan hatiku yang kembali terasa sakit pedih selepas lelaki durjana itu muncul semula dalam hidup aku. Aku masih rimas dan sakit hati sudah dua minggu Izz tidak henti-henti mengganggu aku dengan SMS yang penuh dengan ayatnya yang berbunga-bunga. Geli aku membacanya. Semua panggilan yang masuk ke dalam telefon bimbitku, aku biarkan tidak berjawab. Sekali-sekali aku mematikan telefon bimbitku kerana tidak tahan mendengar teriakan telefon bimbit Nokia C3 Pink aku. Aku sendiri tidak pasti apa lagi yang lelaki itu mahu daripada aku. Mengganggu emosi aku nak belajar je laki ni. Gerutu aku dalam hati.

         “Weiii.. Asal kau ni babe.. Mimi panggil pun kau tak dengar.” tiba-tiba Maria menyentuh bahu aku yang berjalan seperti tiada arah tuju tidak menghiraukan panggilan Mimi sedari tadi.
           
          “Ha'aah lah Kila, dalam bilik tadi pun kau diam, macam moody je… Asal kau ni pompuan?” suara Rin pula mencelah.
                       
          “Ni mesti kes mengelamun teringat pak we ni? Phone pun dah sibuk berbunyi tak henti-henti. Hik..hik..Dah ada boyfriend tak nak share dengan kitaorang aaaa…” usik Mimi lagi agaknya mereka perasan beberapa hari ini telefon bimbit aku yang sentiasa dan tidak henti-henti berbunyi dengan SMS dan calls yang masuk.
           
          Langkah aku lalu terhenti, sekilas itu aku memandang ke arah Mimi, Rin dan Maria. Blur??? Itulah ungkapan yang jelas terpancar pada wajah mereka apabila mata aku galak tidak berkelip memandang mereka. Aku memeluk tubuh dengan beberapa buah buku di pegang bersama.
           
         “Boleh tak jangan cakap macam aku ni ada jantan!” bentakku menunjukkan kurang minatku pada perbualan mereka. Air muka mereka sedikit berubah terkejut agaknya tiba-tiba aku naik angin.
                       
           “Amboiii.. Keras sangat panggilan jantan tu sayang oiii, ni mesti ada history ni kan, baik kau story kat kitaorang!” nonong Rin sedikit terkejut sebenarnya dengan tutur bicara aku yang jarang begitu serius dan menengking. Aku tahu Rin cuba meredakan emosi aku dengan pertanyaannya yang berupa gurauan.
                       
           “Eeee..korang ni janganlah nak korek-korek rahsia Kila. Kita ni kejap lagi ada quiz! Cubalah bawa minda positive sikit.. Kila..Kau OK ke?” ujar Maria apabila melihat aku seperti orang yang susah hati dan tertekan. 

      Aku tidak berkecil hati atau terasa dengan tutur mereka, aku saja yang masih belum membuang perasaan itu walaupun telah hampir lima bulan peristiwa hitam itu berlaku dan sekarang lelaki bernama Rayyan Izz Firas muncul semula dalam hidup aku.
                       
          “Sorry lah Kila.. Aku tak ada niat nak buat kau kecik hati.” perlahan nada suara Mimi yang berasa bersalah apabila ucapannya tadi membuat aku moody.
                       
          “Tak.. aku yang sorry kat korang…huh……” aku mengeluh panjang dan sekali-sekali menarik nafas.
      
         “Sebenarnya ada jantan sengal kacau hidup aku. Tu yang aku tension!” sambungku lagi malas lagi hendak berselindung.
                       
          “Jantan sengal…. Siapa?” pantas saja Rin menyoal aku dengan wajah yang serius.

             “Ex…boy…friend..” lambat saja jawabku. Mimi, Rin dan Maria memandang antara satu sama lain. Aku berlalu berjalan meninggalkan mereka yang tidak berkedip mata terkejut dan masih belum dapat mempercayai apa yang baru aku katakan tadi.
           
          “Kih..Kih.. Ingatkan kawan kita sorang ni tak ada nafsu dengan lelaki rupanya pernah bercintan-cintun.” seloroh Mimi sambil langkahnya laju mengejarku.        
           
            “Dia dah kahwin dah dengan perempuan lain.” balasku lagi. 

        Keadaan mula sepi dan sunyi, senyap tidak kedengaran lagi suara-suara mereka. Bunyi angin yang menyapa pun aku rasa dapat di dengar. Mimi, Rin dan Maria tidak berani bertanya apa-apa lagi. Awkward...Detikku dalam hati sambil tersenyum sendiri melihat gelagat mereka yang serba salah.
           
            ***     
Pelik! 
Itu saja dapat aku katakan,
Status sudah berkahwin,
maknanya dah jadi suami orang.
Kalau suami, mestilah ada isteri.
Kalau dah kata cinta, mesti ada rindu.
Lepas itu, pasti hidup gembira dan bahagia.
Berjalan mesti nak bersama,
kalau jauh sedikit kata tak boleh hidup sehari tanpanya.
Pelik!
Habis tu, kenapa datang balik?
Kenapa muncul semula?
Kenapa toleh ke belakang?
Bukan semua itu membawa maksud yang sama ke?..
Entahlah.. Pelikkan?

Itulah sebab tajuk entry aku hari ini adalah PELIK,
 kerana ada manusia yang pelik bernama R.I.F.
Pasti tahu kan siapa gerangannnya.

              Hari ini aku ada mood hendak ber-blogging. Sudah sekian lama Blogger ku berhenti menjadi story teller dan sebelum itu terima kasih kepada pembaca yang setia meluangkan masa menjadi reader kepada laman bisu ini yang hanya berkata-kata melalui gabungan huruf-huruf A hingga Z sehingga menjadi satu perkataan dan berubah menjadi satu ayat lalu menjadi sebuah cerita. Semua yang aku coretkan bukan seratus peratus ciptaanku tapi dari apa yang aku telah lalui, rasai, alami dan takdir yang telah Tuhan tentukan. Aku hanya menjadi “Pencerita Semula” di laman ini.
          
        Jari-jemari aku laju menekan huruf-huruf di keyboard laptop sambil meniarap di atas katil mencoretkan ceriteraku di laman Blogger  Haii.... Aku hanya mengeluh di situ. 


No comments:

Post a Comment

Pembaca SETIA