Photobucket

sinopsis

Syakila...Seorang yang lincah dan aktif pada awalnya namun dia yang suka dengan kehidupannya yang bebas berbuat apa saja mula berubah sedikit demi sedikit untuk cuba menjadi seorang gadis yang ibunya harapkan namun begitu dia amat mengasihi ibunya walaupun tidak pernah sempat mengenali insan bernama ayah sejak lahir lagi.
Rayyan Izz Firas jejaka pertama yang berjaya bertapak di hati Syakila walaupun usia Rayyan jauh lebih matang darinya. Cinta yang sering mewarnai hidup Syakila tidak selalu indah, warna itu semakin pudar bila Rayyan sendiri mengkhianati makna CINTA yang sudah dibina selama tiga tahun.

Fadhil namanya saja jelas membawa makna 'selalu berbuat kebaikan dan mulia', seorang lelaki biasa tetapi bak "Putera Agama' bila menjadi perhatian gadis-gadis yang menaruh hati padanya, tidak terkecuali juga Syakila, terusik juga hatinya pada lelaki yang berasa dirinya sudah cukup baik dan sempurna.

Mursyid lelaki yang 'sweet' dan sangat lembut hatinya. Memendam perasaan pada Syakila yang di temuinya bila dia mula menjadi guru baru di sebuah sekolah Khas. Namun sebaliknya pada Syakila, dia tidak punya apa-apa perasaan padanya, tidak lebih seperti abangnya sendiri.

Namun di persimpangan hidup mereka terjadi sesuatu yang telah mengubah hidup Fadhil, Mursyid, Rayyan dan yang pastinya Syakila. Tidak di rancang, tidak pula menyangka, tiada juga mengundang tapi ia EXPRESS saja menyapa bila perkataan KAHWIN yang menjenguk kisah hidup mereka.
Berjayakah Mursyid mendapatkan hati Syakila dengan hanya memendam rasa? Adakah Rayyan masih tidak berputus asa menawan kembali hati Syakila? dan Adakah Fadhil juga punya perasaan yang sama cuma tidak mengakuinya?

fol

Baca lagi di PENULISAN2U...click -> Kahwin EXPRESS...

Bab Kahwin EXPRESS

Wednesday 1 August 2012

Kahwin EXPRESS 5

Views

 BAB 5

       SELESAI saja kuliah… Aku, Maria, Mimi dan Rin terus melangkah lesu ke perpustakaan untuk mencari beberapa buah buku rujukan. Walaupun berat kaki untuk berjalan namun kami gagahi jua untuk menyiapkan beberapa tugasan yang harus di hantar pada minggu ini juga. 

    Inilah akibatnya selalu menangguhkan kerja, aku yang sakit kepala hendak membuatnya di saat-saat akhir macam ni. Keluhku dalam hati. Peperiksaan akhir tinggal dua bulan lagi. 

         Selepas hampir dua bulan bercuti di kampung aku langsung tidak menyentuh buku-buku yang sengaja aku bawa balik untuk aku belajar bila punya masa terluang tapi satu buku pun tidak berganjak dari dalam beg. Rasa kesal pula kerana aku tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya.
                       CLICK READ MORE...



          Aku tidak menyalahkan ibu malah aku berasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjaga ibu di waktu dia amat memerlukan aku di sisinya. Sejak akhir-akhir ini ibu sering sakit-sakit, aku khuatir dengan keadaan kesihatan ibu. Cuti aku isikan dengan menjaga ibu yang terpaksa bertahan selama tiga minggu di hospital. 

    Sampai sahaja rumah pak su, ibu kelihatan lebih gembira mungkin kerana suasana di rumah jauh lebih selesa dari suasana di hospital yang barangkali membosankan. Pak su mencadangkan aku dan ibu tinggaldi rumahnya untuk sementara waktu di Skudai, jadi pak su tidak perlu berulang-alik dari Skudai ke Pasir gudang. Dia masih terikat dengan kerjanya yang sudah lama tertangguh dan tidak selesai kerana mengambil cuti lama untuk menguruskan ibu.
                       
     “Kila! Tolong tengokkan ibu ni, pak su nak ke kampung kejap!”
                     
        Tersentak aku yang tengah menyiang ikan di sinki mendengar jeritan pak su. Mana tidaknya asyik dengan lamunanku teringatkan si dia. Haii..perasan betul aku ni. Keluhku malu sendiri bila ingatanku pada lelaki bernama Fadhil selepas insiden aku dulu dengannya sentiasa menduga hatiku bila bertemu dengannya, mungkin kerana wajahnya iras pelakon lelaki yang aku minati iaitu Hairul Azreen Idris membuat aku sukar untuk melupakannya.

           Sedari pulang dari hospital tadi aku terus terpacak di dalam dapur menyediakan makanan untuk ibu. Ibu hilang selera makan selepas sakit lamanya menyerang semula. Aku khuatir ibu tidak mendapat khasiat yang diperlukan oleh badannya. Makanan yang disediakan di hospital langsung tidak menarik selera ibu untuk menjamahnya. Hanya sedikit sahaja yang ibu mahu makan itu pun kerana aku yang menyuapkan.
                       
            “Ye Pak su, sekejap!” aku berlari anak menuju ke arah Pak su.
                       
         “Pak su, kenapa nak pergi kampung? Kila risaulah kalau pak su tak ada, Kila takut nanti kalau ibu kenapa napa tapi pak su pulak tak ada. Kila bukan reti bawa kereta.” rungutku risau.
                       
           Walaupun telah memiliki lesen kereta namun aku takut untuk memandu walaupun hanya di dalam kampung saja. Selepas insiden aku dulu yang tidak sengaja melanggar seekor lembu sesat siapa punyalah yang tiba-tiba menyeberangi jalan raya pada waktu malam dan akibat mata aku yang sudahla rabun. ditambah lagi dengan jalan yang tidak punya lampu waktu itu mengundang sebuah insiden yang tak pernah terbayang dek akalku. Ada ke patut langgar lembu yang punya besar depan mata.

        Tapi, aku bersyukur kerana aku tidak mengalami apa-apa kecederaan, cuma kereta sahaja yang remuk di bahagian depan dan lembu itu pulak macam mana ya aku nak cerita... lembu itu pulak cuma patah bahagian kakinya. Haiii.. Kesiannya lembu tu..Sorry-lah, tak sengaja. Paling aku malu sangat, lembu yang aku langgar tu rupanya lembu untuk orang kampung buat korban masa Raya haji. Hampeh! Sejak dari hari itu, aku berasa fobia untuk memandu apalagi memegang stereng kereta. Mana taknya, belum masuk rumah lagi telinga dah berdesing dengar ibu yang pot pet pot pet memarahi aku. Padan muka!
           
     "Yela.. Pak su balik kejap je nak urus kolam ikan kat kampung. Tok Kering call pak su tadi ada masalah sikit dekat kolam tu.”
                       
          Terang pak su kepada aku yang tampak khuatir dengan pemergiannya. Walaupun jarak ke Pasir Gudang tidak terlalu jauh dan tidak mengambil masa lebih dari sehari namun aku masih risau jika Pak su tidak sempat balik semula ke Skudai. 

    Kolam ikan Siakap adalah peninggalan arwah datuk kepada ibu tapi ibu dengan rela hati mengamanahkan pak su menggantikannnya untuk menjaga dan mengendalikan penternakan ikan sangkar yang telah diusahakan oleh beberapa orang penduduk kampung yang bekerja dengan pak su. Apabila punya kelapangan waktu, Pak su akan pulang ke kampung untuk melihat-lihat keadaan ibu sekaligus memantau perjalanan perusahaan kolam ikan Siakapnya.
           
          “Kalau ada apa-apa Kila call pak su. Pak su takut tak sempat pulak nak balik hari kalau tak settle masalah kat kampung nanti.” jelas pak su dengan dahi yang berkerut sambil mengamati telefon bimbitnya. Agaknya ada pesanan baru dari dari Tok Kering. Tekaku dalam hati.
                       
          “Macam ni lah. Apa-apa hal pak Su minta tolong pak Nadia je temankan korang dekat sini.” selamba pak su menuturkan nama seseorang seperti aku mengenali nama wanita yang baru dia sebut tadi. Berkerut dahiku berfikir-fikir sendiri cuba mengingat sama ada aku pernah mengenali wanita bernama Nadia.
                       
         “Eh..Lupa pulak pak su.. Kak Nadia tu lah yang tolong teman dan jaga ibu Kila masa ibu mula-mula masuk hospital. Pak su tak sempat nak kenalkan dengan Kila tapi ibu dah kenal dah.” terang pak su lagi sambil tangannya sibuk mengemas kertas-kertas yang tak diketahui apa isi kandungannya ke dalam fail.
           
     “Kak Nadia...Orang kampung kita ke pak su?” tanya aku lagi masih keliru. 

           Selama aku mengenali pak su, jarang sekali aku mendengar nama wanita dalam hidupnya. Hanya ibu saja yang sibuk-sibuk menjodohkan pak su dengan anak kenalan kawannya dan teman-teman lama pak su di kampung. Bukan pak su tidak berminat dengan kaum wanita tapi dia serik untuk membuka hatinya kepada wanita sembarangan selepas kejadian yang pernah dulu memusnahkan rasa cinta dalam hidup pak su. 

     Lapan tahun dulu, sebelum hari pernikahan tunangnya tiba-tiba membatalkan majlis akad nikah di saat-saat akhir. Alasannya kerana pak su bukanlah lelaki yang dia cinta dan idamkan untuk menjadi suami. Eleh.. Tak logik sungguh alasan macam tu, apa yang kurang dengan pak su, aku tengok pak su kacak dan segak bergaya, ada kerja yang bagus dan paling aku tak dapat nafikan wajah ak su saling tak tumpah seperti wajah pelakon lelaki yang serba boleh dan berkaliber iaitu Datuk Eizlan Yusuf.
                       
          Pak su memandang aku lalu tersenyum. Aku makin bingung melihat reaksi pak su. Sukar untuk aku meneka makna senyuman itu.
           
           “Girlfriend pak su lah..” selamba saja Pak su memberitahu lalu berjalan ke arah aku yang sedari tadi berdiri di muka pintu bilik ibu.

         Tika itu wajahku bertukar suram, aku terkejut apabila pak su mengakui dia telah mempunyai kekasih hati tapi kenapa aku tidak berasa gembira atau excited. Sepatutnya aku gembira kerana aku sendiri juga yang beria-ia mahu pak Su segera mendirikan rumah tangga. Aku tampak risau malah perasaan takut mula menyelubungi aku saat aku tahu sekarang pak su punya seseorang untuk dia berkongsi kasih.

    “Kenapa muka masam ni? Jealous lah tu pak su dah ada gilfriend..”

           Tekaan pak su memang sangat tepat. Aku dapat merasai aku bakal kehilangan pak su dan mungkin jika pak su sudah berkahwin pasti kasih sayang pak su tertumpah hanya untuk isterinya. 

   Panjang lamunanku pabila memikirkan hal itu. Aku sedar diriku seperti perigi kosong yang kering kontang, dahaga tanpa basahan air kasih sayang dari seorang yang bergelar ayah. Dari kecil sehingga aku dewasa pak su lah tempat aku bermanja dan menagih kasih. Tidak hairanlah mengapa sekarang aku merasa kehilangan dan kekosongan.
                       
     “Ha..ha.. Hei Kila, Senyumlah sikit… tak happy ke pak su dah ada calon isteri. Lama dah pak su ni membujang. Bukan bujang lagi, dah terlajak rasanya...Sekarang baru pak su jumpa wanita yang berjaya membuka hati pak su.”

           Terang Pak su dengan wajah yang ceria diiringi gelak tawanya. Dari mata Pak su jelas terpancar kebahagiaan cinta yang sedang Pak su rasa. Aku berasa seperti tidak adil dan selfish bila aku menghalang dan menyekat Pak su merasai kebahagiaan yang selama ini dia impikan. 

    Aku lantas mengukir senyuman selepas mendengar kata-kata Pak su. Aku cuba menyembunyikan kegelisahanku di balik senyuman palsu supaya Pak su tidak menyedari perasaan aku tika itu kerna aku khuatir Pak su pasti tidak akan pernah menamatkan zaman bujangnya jika aku tidak bahagia dan gembira dengan khabarnya itu.
                       
     “Yeke pak su! Jadi tak lama lagi Kila dapat mak su lah!” ujar aku dengan nada gembira. Pak su hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan tersenyum gembira.

         
    "OIII.....Laa, mengelamun rupanya patutlah aku ketuk pintu tak ada orang membukanya.. Sindrom mengelamun kau ni dah teruk beno lah..." sergah Maria apabila melihat aku yang sedang duduk menatap kosong laptop di atas mejaku sambil menongkat dagu. 

    Rupanya aku mengelamun teringat kembali perbualan aku dengan Pak su pada cuti semester yang lepas. Aku menoleh sekilas lalu memberikan senyuman hambar kepada Maria.

    "Asal babeProblem?" soal Maria seperti dapat meneka sesuatu dari air mukaku. Maria melabuhkan punggungnya ke atas katil.

    "Aku dapat message dari pak su aku tadi..." jawabku malas saja lalu berpusing menghadap ke arah Maria.

     "Pak su kau cakap apa?"

     "Dia pergi kursus kahwin minggu depan.."

    "Laaa...So? Kenapa muka monyok je ni?" tanya Maria lagi lalu tangannya lancar menekan touch screen samsung Galaxy S3-nya sedang menghantar SMS.

    Maria lantas memandang aku yang tertunduk diam tidak memberi respon padanya.
       
      “Kila… Kau patutnya happy pak su kau dah nak kahwin kan. Aku guarantee-lah pak su kau takkan lupa kau macam tu je bila dia dah kahwin. Dia sayang kot dekat kau.” luah Maria lagi seperti dapat meneka apa yang membuat fikiranku kacau. Maria yang tadi duduk bangkit berjalan mendekatiku.

      “Kau kan dah jumpa bakal mak su kau tu? Kau rasa macam mana? OK ke tidak?” tanya Maria lagi lalu berlutut di sisiku lalu tangannya laju menekan-nekan keyboard laptop ku.

     “Baru sekali aku jumpa… Tu pun masa cuti sem.. kitaorang keluar makan je. Pastu pak su hantar aku dengan ibu balik. Kalau baru sekali jumpa, belum tentu lagi kita tahu hati budi dia.. huh” rintihku lalu menghela nafasku buntu.

     “Kau ni janganlah sensitive sangat. Tak baik tau buruk sangka..” tepis Maria bila aku berfikir yang bukan-bukan mengenai wanita yang bakal menjadi isteri kepada pak su dan bakal menjadi ibu saudara aku kelak.

      “Siapa nama dia?” tanya Maria .

      “Siapa?”

      “Laa… Datin ni… Mak su kau tu lah..” nonong Maria malas.

      “Nadia.. Asal?”

      “Nama penuh?”

     “Jap..” aku lantas mencapai telefon Nokia C3 Pink aku di atas meja lalu membuka SMS yang Pak su pernah beri pada aku dulu memberitahu nama bakal isterinya kepadaku.

     “Yusazwin Nadia Bt Abdullah..”

    “Amboiii… nama bukan main…” ujar Maria lalu laju dia menaip huruf-huruf di keyboard laptop.

     “Kau buat apa?” tanya aku hairan.

    “Tak pernah dengar 'GOOGLE'?” selanya lalu memandangku sekilas dan menatap kembali ke skrin laptop.
       
     “Ooo…” jawab aku sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

      “Mmmm… Mana ekkk…” Maria fokus mengamati skrin laptop lalu mouse laptop di scroll-nya ke bawah mencari nama yang ditaipnya tadi. Aku di sebelah masih setia menunggu apa yang Maria cari.

     “Try Facebook laa…” getus Maria lagi tidak berputus asa.

    “Dia private kot atau dia pakai nama lain tu yang tak jumpa nama dia dalam FB.” jawabku lagi kepada Maria bila Maria masih tidak jumpa profil atau sesuatu yang berkaitan dengan kak Nadia. Maria hanya mengangguk-anggukkan kepalanya bersetuju.

     “Try Google Images laa…” cadang Maria lagi.

   “Ni haaa.. Maria.. Ni dia!!” suara aku sedikit menjerit apabila melihat gambar kak Nadia bersama Pak su di sebelahnya setelah Maria klik pada menu 'Images' di Google search engine.

    “Ooo.. Ni blog dia lah.. Boleh tahan juga minah ni.. cute..” luah Maria lagi lalu menekan ke URL Website Blog kak Nadia.
      
    “Rupanya dia ni kaki blog juga macam aku...” selorohku lalu merampas mouse dari tangan Maria lalu aku mengamati setiap inci laman blogger kak Nadia. Maria hanya mengulum bibirnya.

    “Eh.. Rupanya dia punya blog 'Velvet Ungu' selama ini.. Asal aku tak perasan ekkk dia kak Nadia.. Velvet Ungu ni rajin komen setiap post dekat blog aku tau.. Pembaca setia aku...” jawabku lagi lalu tersenyum lebar sambil menatap lagi skrin laptop ku.

    “Kau ada blog ke?” soal Maria lagi memandang aku dengan wajahnya yang blur dan muka tak yakin padaku.

    “Oii… Aku ni walaupun tak berminat sangat nak online Facebook, Twitter semua tu aku kenallah apa tu Blogger.” tekanku pada Maria lalu mengerlingkan mata kepadanya.

     “Eleh… Mana blog kau.. Nak tengok..”

     “Tak nak… Nanti Kantoi..” ujarku sambil mengekek-ngekek ketawa.

     “Apa yang kantoii.. Kau cita apa dalam tu..Ha… Mesti kau kutuk aku dalam blog kau kan…” tebak Maria lalu bertimpa-timpa cubitan menyinggah ke badanku oleh Maria geram.


No comments:

Post a Comment

Pembaca SETIA