Photobucket

sinopsis

Syakila...Seorang yang lincah dan aktif pada awalnya namun dia yang suka dengan kehidupannya yang bebas berbuat apa saja mula berubah sedikit demi sedikit untuk cuba menjadi seorang gadis yang ibunya harapkan namun begitu dia amat mengasihi ibunya walaupun tidak pernah sempat mengenali insan bernama ayah sejak lahir lagi.
Rayyan Izz Firas jejaka pertama yang berjaya bertapak di hati Syakila walaupun usia Rayyan jauh lebih matang darinya. Cinta yang sering mewarnai hidup Syakila tidak selalu indah, warna itu semakin pudar bila Rayyan sendiri mengkhianati makna CINTA yang sudah dibina selama tiga tahun.

Fadhil namanya saja jelas membawa makna 'selalu berbuat kebaikan dan mulia', seorang lelaki biasa tetapi bak "Putera Agama' bila menjadi perhatian gadis-gadis yang menaruh hati padanya, tidak terkecuali juga Syakila, terusik juga hatinya pada lelaki yang berasa dirinya sudah cukup baik dan sempurna.

Mursyid lelaki yang 'sweet' dan sangat lembut hatinya. Memendam perasaan pada Syakila yang di temuinya bila dia mula menjadi guru baru di sebuah sekolah Khas. Namun sebaliknya pada Syakila, dia tidak punya apa-apa perasaan padanya, tidak lebih seperti abangnya sendiri.

Namun di persimpangan hidup mereka terjadi sesuatu yang telah mengubah hidup Fadhil, Mursyid, Rayyan dan yang pastinya Syakila. Tidak di rancang, tidak pula menyangka, tiada juga mengundang tapi ia EXPRESS saja menyapa bila perkataan KAHWIN yang menjenguk kisah hidup mereka.
Berjayakah Mursyid mendapatkan hati Syakila dengan hanya memendam rasa? Adakah Rayyan masih tidak berputus asa menawan kembali hati Syakila? dan Adakah Fadhil juga punya perasaan yang sama cuma tidak mengakuinya?

fol

Baca lagi di PENULISAN2U...click -> Kahwin EXPRESS...

Bab Kahwin EXPRESS

Wednesday 8 August 2012

Kahwin EXPRESS 6

Views

Bab 6
              
      SEDANG aku asyik mencari-cari buku yang tersusun rapi di rak empat tingkat tinggi di dalam perpustakaan. Tiba-tiba muncul seseorang yang sedang leka melihat-lihat bukunya sambil berjalan semakin hampir kepada aku dan belum sempat aku mengelak sebelum sesuatu terjadi.
                       
Boop!

Aku harapkan bukan kejadian yang pernah berlaku pada awal semester dulu tapi aku tidak dapat mengelak lagi jika ia perlu berulang kembali.
           CLICK READ MORE...



“Aaauuu…” buku-buku yang berada di genggamanku jatuh menghempap kaki.
                       
“Maaf..saya, sa…ya..saya….” belum sempat dia menghabiskan butir ayatnya seperti orang gagap, wajahnya terus berubah pucat dan terkejut. Begitu juga dengan aku. 

Kami terpaku dan pandangan kami seperti ada punat PAUSE dan PLAY apabila matanya dan mataku bertentang seketika. Aduiii..takkan dia ni lagi. Apalah.. Rintih aku dalam hati, kesal kerana sejarah lama berulang lagi.
           
“Ehh..awak... Sorry lah..Hari tu pun kita…..” Mohd Fadhil bin Othman, lelaki yang pernah dulu kejadian yang sama berlaku di antara kami tapi kini ia terjadi sekali lagi.
                       
“Eeee… Awak lagi! Awak sengajakan langgar-langgar saya, kalau sekali tu tak apalah, ni dah masuk dua kali. Takkan tak nampak saya berdiri punya baik tepi rak ni!” aku mula bersuara dengan nada yang tidak berpuas hati sehingga tidak berkelip matanya melihat mulut aku yang meletup seperti bertih jagung yang masak memarahinya. 

Belum sempat lagi aku menyambung lagi bebelanku, lantas Fadhil mengangkat jari telunjuknya lalu mendekat ke bibirnya lagat seperti meminta aku memperlahankan suara aku sedikit apabila aku bersuara lantang dan makin kedengaran di dalam perpustakaan yang sunyi sepi. Seraya itu aku menoleh ke kiri dan ke kanan apabila baru tersedar di mana aku berdiri sekarang.
                       
“Shuhh..shuhh.. Slow-lah sikit. Sorry..sorry.. jangan salah faham, saya betul-betul tak nampak awak tadi. Saya…..” ujar Fadhil perlahan dengan wajahnya gelisah apabila melihat air muka aku yang mula berubah menjadi merah padam dan ketat. Dia terus mematikan bicaranya apabila melihat aku mengangkat tangan supaya dia berhenti bercakap.
                       
“Cup..cup… Saya tak nak dengar lagi. Saya…….” celahku lagi dengan nada suara aku yang ditahan-tahan menahan geram.
                       
Tiba-tiba bunyi teriakan telefon bimbitku mematikan bebelanku. Laju-laju aku mencapai telefon bimbit di dalam kocek seluarku mengelak bunyi bising di dalam perpustakaan, lantas itu jari aku menekan punat cancel. Beberapa orang pelajar di sekeliling melihat-lihat aku dengan muka semacam. Sorry-lah! Lupa nak silent.Marah aku dalam hati. Belum sempat aku menyambung lagi leteran aku, kelibat Fadhil sudah hilang dari pandangan.

“Aik… Laju laki tu lari. Eleh… Tak sengaja konon! Ee.. geramnya, sakit kaki aku. Bukan nak tolong angkat buku ni.” ngomel aku sendirian sambil tanganku mengutip buku-buku yang jatuh tadi.

Namun jauh dari sudut hati, aku tahu dia tidak sengaja. Entah kenapa aku tiba-tiba berasa ingin memarahinya dan mencari salahnya. Aku sendiri bingung mengapa insiden sebegitu sering berlaku antara aku dan Fadhil. Sejak balik dari bercuti ingatan aku pada lelaki itu selalu bermain dalam benakku. Huh.. Entah-entah aku dah syok dekat mamat ni kut. Tapi dia bukan jenis yang aku suka pun. Haii..pelik..pelik. Bisikku lalu tersenyum sendiri seperti orang kurang siuman. Andaian gila dah datang lagi. 


SELEPAS dua minggu insiden langgar-melanggar di perpustakaan, aku terserempak lagi dengan dia, Fadhil. Tapi berbeza pula adegannya, dalam salah satu sesi Program Debat antara Kolej. Fadhil duduk di salah sebuah meja yang terletak di ruang masuk pintu utama dewan. Dari jauh jelas kelihatan tertera atas meja tersebut 'pendaftaran pelajar'. Semua pelajar yang menghadiri program debat ini perlu mendaftarkan diri. Mahu tidak mahu aku harus juga menemuinya sekali lagi.
           
“Weii korang.. Tak yah lah pergi. Boring kot. Tak wajib pun kan.” Mimi memujuk-mujuk  aku, Maria, Rin apabila kami sudah berdiri tidak jauh dari pintu masuk dewan.
                       
“Eeee.. pompuan ni! Kita dah sampai dah kan, kita pergi je lah! Bukan lama pun dua jam je lah!” leter Rin lagi sambil mencekak pinggang.

“Yang kau semangat sangat nak join debat ni asal? Kau nak debat juga ke?” perli Mimi lagi. Maria hanya menggelengkan kepala melihat Mimi dan Rin yang tidak pernah letih bertikam lidah.
                       
Babe… Tengok apa?” tanya Maria apabila menyedari lagatku seperti orang yang resah gelisah dan mata aku yang sedari tadi masih tertancap pada susuk tubuh manusia yang sentiasa membuat jantung aku berdegup laju.
                       
“Hah! Tak… Aku..” jawabku lantas tersedar oleh teguran Maria. Belum selesai aku menghabiskan ayatku.
           
“Ish…Jom! Jangan buang masa OK! Kita pergi daftar sekarang!” Rin menarik tangan aku dan Maria lalu menuju ke meja pendaftaran. 

Mimi terpaksa akur juga dengan kehendak Rin untuk mengikuti program ini. Mimi berjalan malas mengekori langkah kami. Aku sendiri juga bingung kenapa Rin bersemangat dan beria-ia mahu mengikuti  program ni. Musykil
                       
“Tulis nama dan nombor kad matrik di sini..” butir bicara yang keluar dari bibir Fadhil sambil ibu jarinya menunjukkan ruang yang perlu kami isi. Aku hanya mengangguk lalu menulis nama dan nombor pelajar di dalam buku pendaftaran. Selesai mendaftarkan diri, kami berempat beriringan masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk.
                       
Setelah memakan masa lebih dua jam, Program Debat itu pun berakhir. Aku, Maria, Mimi dan Rin bingkas bangun beredar keluar dari dewan menuju ke cafeteria. Matahari hampir terpacak di atas kepala. Perut aku mula mengeluarkan pelbagai nada keroncong. Mungkin kerana tidak menjamah apa-apa sejak pagi tadi yang membuatkan aku berasa lapar.
           
“Syakila! Syakila!"

Apabila kami sekawan telah berjaya keluar dari celahan ramai manusia, tiba-tiba aku terdengar suara orang memanggil-manggil nama aku. Aku menoleh-noleh mencari punca suara itu.
                       
“Eh Kila? Mamat tu panggil kau ke?” tanya Maria dengan wajah yang hairan apabila melihat tidak jauh dari kami ada seorang laki-laki laju langkahnya berjalan dan sekali-kali dia berlari anak menuju ke arah kami.
                       
“Macam kenal je muka dia tu?" soal Mimi pula hairan.
                       
“Entah.. Aku tak tahu lah.” jawabku ringkas. Apabila lelaki itu semakin menghampiri, aku semakin dapat mengecam wajah lelaki itu.  Tak mungkin dia.. Fadd..hil.. Ucapku tapi hanya didengar dalam hatiku saja.
                       
“Syakila… sayaaaa… sa…yaa…” tercungap-cungap Fadhil cuba bersuara. Nafasnya turun naik mungkin lelah kerana berkejar memanggil aku tadi.
                       
“Ehh.. Asal dia ni? relax lah. Nak cakap, cakaplah. Nak tercungap, tercungap je. Aku pulak yang rasa tak cukup oksigen!” bBebel Rin sambil tangannya mengusap-ngusap dadanya lagaknya seperti orang sesak nafas apabila melihat keadaan Fadhil yang termengah-mengah.

“Pasal hari tu saya tak sempat nak…” belum selesai dia menuturkan semua ujarnya, muncul dua orang lelaki berbaju melayu hitam yang tersemat songkok hitam di kepala dengan sarung samping berwarna kuning keemasan kemas di pinggang menampakkan mereka segak bergaya tiba berdiri di sebelah Fadhil.

“Macam orang nak pergi nikah je..Hik..hik..” seloroh Mimi dengan tawa kecilnya di hujung bibir. Tangan aku pantas memberi signal ke lengan Mimi seraya dua jejaka segak tadi merenung Mimi dengan pandangan  menjengkelkan.

“Fadhil, Jom.. ustaz dah tunggu.” salah seorang dari rakannya bersuara lalu membawa Fadhil masuk semula ke dalam dewan. Meninggalkan kami yang sedari tadi diam menantikan apa yang hendak dikatakan olehnya tapi belum sempat hajatnya selesai disampaikan Fadhil terus berlalu pergi dengan wajah serba salah.

    “Weeiii.. Jomlah! Aku lapar lah!” bentak Rin dengan lagatnya seperti kanak-kanak kecil yang kelaparan.
                       
“Tau pun lapar.. Siapa suruh join program ni tadi! Boring aku! Entah apa-apa je!” balas Mimi dengan mengerlingkan matanya.
           
“Eeee.. Apa kena mengenanya! Kau tak nampak ke matahari dah tegak atas kepala kau ni! Sekarang ni masa lunch..Sono wonder lah aku lapar! Huh..” serang balas Rin lagi lalu menghela nafasnya.

"Oii.. Udah..udahlah tu!" ngomel aku yang sakit mata melihat mereka berdua yang tak habis-habis nak bertekak.

"Asal si Fadhil tu tadi ekk...?" soal Maria dengan matanya masih melihat kelibat tiga manusia tadi berjalan masuk ke dewan. Tersentak aku bila Maria menyebut nama Fadhil. Fuh, memang dikenali ramailah maamt poyo tu. Getusku dalam hati.

"Entahlah babe... Mula-mula tu hairan juga aku asal mamat ni terpekik-pekik panggil nama Kila... Mana dia tau nama Kila? Dia nak cakap ape ekk tadi?..." tidak putus-putus soalan yang Mimi ajukan. Aku hanya mendiamkan diri tidak mahu ambil pusing pasal kejadian tadi.

"Alah... Lantaklah mamat tu...aku lapar ni!!..." rungut Rin lagi bila melihat aku dan Maria masih berdiri termangu di situ.

"Yela.. Rin ni tak sabar-sabar..." Aku pula yang merungut membebel pada Rin.

"Weii.. Korang nak makan mana? Aku dari haritu kempunan nak makan  meatballs dekat IKEA.. Kita makan situ please.. and lepas tu kita pergi The Curve! Kita buat 'eyes theraphy'.. Shopping!" cadang Maria dengan membuat rancangannya sendiri sambil jarinya membuat thumbs up.

"Boleh... tapi kau belanjalah. Amacam?" Pantas saja Mimi menjawab sambil tersengih-sengih menunggu respon Maria. Maria tidak menjawab, dia hanya mencebikkan bibirnya kepada Mimi yang memang terkenal dengan sikapnya yang kedekut.                                              
  
           Kami beriringan berjalan keluar untuk mendapatkan teksi. Hampir sepuluh minit menunggu, masih tidak kelihatan teksi yang mahu menumpangkan kami tetapi banyak pula teksi yang lalu lalang di depan tapi seperti tiada tanda-tanda untuk berhenti, lagatnya seperti semuanya berkejar ke tempat lain.
                       
     “Weeeiii… Asal cab tak berhenti pun!” ngomel Mimi yang sudah letih agaknya menunggu.
                       
      “Yela! Semua dok main limpas-limpas je. Tak nak duit ke apa! Kitaorang bayarlah!” Rin pula yang merungut marah.
           
     Maria hanya menggelengkan kepala saja melihat gelagat Mimi dan Rin yang sedari tadi tidak senang berdiri berjalan ke hulur ke hilir mencari kalau-kalau ternampak kelibat teksi.
           
    “Korang ni, baru sepuluh minit kita tunggu. Sabarlah sikit, orang lain menunggu lama dari kita tak adanya nak membebel.” bebel Maria geram. Mimi dan Rin hanya merengus mendengar kata-kata Maria.
           
   “Ehh.. Sebelah sana ada cab lah! Kita panggil lah.” teriak Mimi dengan suara gembira.
                       
    “Mana?” jawabku yang  sudah berasa kepanasan duduk menunggu di bustop yang sejak tadi diam membatu sedang dibawa ke dunia lain. Aku tekun membaca novel yang baru aku beli, 'Takdir itu milik aku' oleh penulis yang paling aku minati Siti Rosmizah.

         Mimi melambai-lambaikan tangannya ke arah pemandu teksi yang sedang melihat ke arah kami, pemandu itu mengangguk-anggukkan kepala dan mengangkat tangannya dari dalam teksi seperti meminta kami menunggunya.
                       
    “Yes! Ada cab!” Mimi meloncat gembira bila dia berjaya mendapatkan teksi.
                       
     “Hebat juga kau ni ekk pompuan! Kau lambai je, teksi tu dah mai.” usik Rin kepada Mimi dengan tersenyum sumbing.
                       
    “Mula lah tu nak ejek aku!” ujar Mimi seperti dapat menangkap maksud tersirat usikan Rin.
           
    “Nak pulak teksi tu berpusing sampai depan tu nak ambik kita. Huh…” apabila Maria yang melihat kelibat teksi tadi bergerak laju dalam deretan kereta-kereta.
           
     “Ya Allah.....” ucapku terkejut lalu berdiri memandang jauh.
                       
     “Asal babe?” tanya Maria bila melihat aku sudah berdiri seperti orang tidak keruan.
                       
     “Cab hari tu kot!” Aku sedikit menjerit bila dari jauh aku sudah dapat melihat nombor plat teksi yang pernah menumpangkan kami dulu.
                       
    “Macam mana kau tau? Aku tak nampak lagi muka dia!” tekan Maria, resah.
           
   “Nombor plat teksi tu aku ingat lah!” Aku sudah tidak senang berdiri di situ, gusar di dalam hatiku.
                       
    “Yela korang. Uncle cab hari tulahhh...”  Rin sudah yakin bila teksi itu sudah berhenti betul-betul di hadapan kami.
                       
     “Jomlah!” Mimi yang tidak faham dengan perbualan kami sejak tadi mengajak kami masuk ke dalam teksi.

    “Asal korang ni?” Mimi kehairanan bila melihat kami bertiga masih tercegat kaku tidak bergerak.
                       
     “Kita tunggu cab lain lah Mimi!” pinta aku pada Mimi resah.
           
    “Ish… Tak nak aku! Penat dah aku panggil tau! Aku lapar dah ni.” bentak Mimi tidak berpuas hati.
                       
     “Babe.. Tak apa..Masuk je lah, kitaorang kan ada. Kau nak takut apa?” Maria cuba menenangkan aku yang sudah seperti cacing kepanasan.
           
    “Yela Kila. Jomlah. Tak ada apa lah.” pujuk Rin lagi. Aku masih berasa ragu-ragu namun aku mengikut saja kata rakanku dengan hati yang berat.
           
    “Ehh… anak berempat ni lagi ye.” ujr pemandu teksi itu apabila kami berempat sudah berada di dalam perut teksi. 

    Agaknya pemandu teksi itu masih mengingati wajah kami. Aku sendiri pun tidak pasti sama ada pemandu teksi itu kebetulan lalu di situ atau memang dia berpura-pura. Tekaku dalam hati.

     “Ya Pak cik.. Pak cik memang selalu ambik penumpang area ni ke?” tanya Maria dengan senyumnya yang dibuat-buat.

    “Selalu juga sebab banyak juga budak-budak kolej selalu call pak cik kalau nak pergi mana-mana sebab dah terbiasa kata mereka.” jelas Pemandu itu lalu bergerak keluar ke lebuhraya.
.
    “IKEA, Damansara ye pak cik” Rin pula menyampuk dari belakang. Pemandu teksi itu mengangguk-anggukkan kepalanya.
                        
     “Bukannya apa.. Pak cik ni faham budak-budak semua masih belajar jadi Pak cik taklah cas mahal sangat. Lagi-lagi  yang nak pergi ke LCCT atau KLIA.” jelasnya lagi tidak pula ditanya.
                        
     “Ooo… Kalau macam tu, bolehlah minta nombor phone pak cik, boleh kitaorang call Pak cik kalau nak ke mana-mana.” Mimi pula mencelah. Aku yang duduk di sebelahnya terus menyiku lengan Mimi lalu menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju.
                        
    “Boleh saja nak. Ni ha.. nombor telefon pak cik..” lalu tangannya mencapai kad namanya di dalam kotak kecil dan dihulurkan kepada Maria yang duduk di sebelahnya.
                       
     “Hussein bin Halim ye nama pak cik.” ujar Maria selepas mengamati kad nama diberi oleh pemandu teksi tadi. 

    Pemandu teksi itu hanya mengangguk dan tersenyum. Sekali-sekali ada juga pemandu teksi itu mencuri-curi pandang aku dari cermin pandang belakangnya dan mengusap-usap misainya. Eeee...Geli. Detikku dalam hati.
                        
    “Pak cik tak nak ikut kitaorang makan sekali ke?” tiba-tiba Mimi mengajak pemandu teksi itu apabila kami sudah sampai di depan IKEA. 

     Saat itu aku, Maria dan Rin terkejut dengan kelancangan mulut Mimi yang tiba-tiba tanpa segan silu mengajak pemandu teksi itu makan sekali. Terjegil mata aku memberikan signal kepada Mimi.
                        
      “Tak apalah nak. Pak cik dah makan tadi siang, masih kenyang. Ni nak Pak cik hantarkan pulang ke?” pemandu teksi itu bertanya lagi.
                        
    “Tak apa Pak cik, sini senang dapat teksi..Terima Kasih.” laju Maria menjawab dan pak cik itu mengangguk-anggukkan kepala. Sempat juga pemandu teksi itu masih mencuri pandang padaku.Eee..Menyampah!
            
“Weeii.. Asal kau ni? Gila ke?” bentak aku selepas teksi itu bergerak pergi.
            
“Yela.. Sampai pi ajak makan bagai kau ni!” Maria pula melenting dengan karenah Mimi yang tidak terduga.
           
 “Eeee… Asal korang ni? Baik apa pak cik tu! Susah tau nak jumpa pemandu teksi macam tu.” Bbalas Mimi dengan muka poyo nya.
            
“Ya.. Baik ada makna tu.” Rin pula mencelah sambil tersenyum sumbing. 

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala saja lalu kami bertiga bergerak masuk  meninggalkan Mimi yang menggaru-garukan kepalanya tidak faham apa sebenar yang kami maksudkan.
     
           

No comments:

Post a Comment

Pembaca SETIA