Photobucket

sinopsis

Syakila...Seorang yang lincah dan aktif pada awalnya namun dia yang suka dengan kehidupannya yang bebas berbuat apa saja mula berubah sedikit demi sedikit untuk cuba menjadi seorang gadis yang ibunya harapkan namun begitu dia amat mengasihi ibunya walaupun tidak pernah sempat mengenali insan bernama ayah sejak lahir lagi.
Rayyan Izz Firas jejaka pertama yang berjaya bertapak di hati Syakila walaupun usia Rayyan jauh lebih matang darinya. Cinta yang sering mewarnai hidup Syakila tidak selalu indah, warna itu semakin pudar bila Rayyan sendiri mengkhianati makna CINTA yang sudah dibina selama tiga tahun.

Fadhil namanya saja jelas membawa makna 'selalu berbuat kebaikan dan mulia', seorang lelaki biasa tetapi bak "Putera Agama' bila menjadi perhatian gadis-gadis yang menaruh hati padanya, tidak terkecuali juga Syakila, terusik juga hatinya pada lelaki yang berasa dirinya sudah cukup baik dan sempurna.

Mursyid lelaki yang 'sweet' dan sangat lembut hatinya. Memendam perasaan pada Syakila yang di temuinya bila dia mula menjadi guru baru di sebuah sekolah Khas. Namun sebaliknya pada Syakila, dia tidak punya apa-apa perasaan padanya, tidak lebih seperti abangnya sendiri.

Namun di persimpangan hidup mereka terjadi sesuatu yang telah mengubah hidup Fadhil, Mursyid, Rayyan dan yang pastinya Syakila. Tidak di rancang, tidak pula menyangka, tiada juga mengundang tapi ia EXPRESS saja menyapa bila perkataan KAHWIN yang menjenguk kisah hidup mereka.
Berjayakah Mursyid mendapatkan hati Syakila dengan hanya memendam rasa? Adakah Rayyan masih tidak berputus asa menawan kembali hati Syakila? dan Adakah Fadhil juga punya perasaan yang sama cuma tidak mengakuinya?

fol

Baca lagi di PENULISAN2U...click -> Kahwin EXPRESS...

Bab Kahwin EXPRESS

Saturday 1 September 2012

Kahwin EXPRESS 7

Views
BAB 7

"KILA! Oooo…. Kila!!! Assalammualaikum…”

    Aku yang sedang asyik menonton drama korea kegemaranku terganggu apabila mendengar suara orang menjerit memanggil namaku di luar rumah. Mengacau je lah, masa cuti ni pun tak senang nak tengok aku rehat. Gerutu ku dalam hati. Aku lantas berdiri menjenguk ke luar tingkap kayu rumahku. 

CLICK READ MORE...



“Waalaikumsalam..Lahhh… Kau Ayu.. Kacau daunlah kau ni. Ehh.. Wahh.. Kawan aku ni dah pakai tudunglah!” aku menyahut dari balik jendela rumahku dan terkejut melihat penampilan Ayu yang sudah berubah..
          
“Ek.. eleh.. Minah ni, menyampah aku. Macam tu kau sambut aku! Aku ni tetamu tau. Elok-eloklah sikit layan tetamu… Lawa tak aku pakai tudung? Ayu je kan..” Ayu memuji dirinya sendiri.
          
“Euuueww..Angkat bakul! Pakai tudung tapi perangai tu tetap sama aje... Hik..Hik.." usikku dengan nada sengaja mengusiknya. Ayu ahnya mencebikkan bibirnya.

"Hah! Silalah naik cik puan, nanti saya hidangkan skywater, fresh and clean dari langit..Ha..ha” pelawa aku pada Ayu sambil ketawa berdekah-dekah di hujung bicaraku.
          
“Eeeee… Over! Aku tak nak masuklah, aku nak duduk kat pangkin. Situ sejuk duduk petang-petang sambil melihat keindahan kampung kita dengan jalan-jalan raya dan pelbagai rumah-rumah…..a..aa..Rumah-rumah ape ekk?” tempelak Ayu pula.
         
 “Kau yang over aku tengok.” balasku lagi yang sudah tercegat di muka pintu.
          
"Kau pergi mana? Aku balik dari Skudai cari kau kat rumah tak ada pun?" tanyaku sambil menuruni anak tangga.

"Aku pun pergi Skudai dengan cousin aku, lepastu ingat nak jenguk ibu kau dekat hospital rupanya korang dah balik kampung." 

"Aku balik kampung, kau pergi Skudai. Betullah tu..macam tak boleh nak call aku tanya dulu..." nonongku sambil menyarung selipar.

"Alah.. Sorry lah..Macam mana ibu kau?" Ayu menurunkan tongkat stand basikalnya.

"Ibu aku Alhamdulillah, sihat dah sikit. Nak sebulan aku kat Skudai, nasib baik ada rumah pak su aku dekat situ sebab lepas keluar hospital, ibu aku kena buat pemeriksaan susulan lagi..." terangku lagi sambil kami berdua beriringan berjalan menuju ke pangkin di bawah pokok rendang.
  
“Kila.. betul ke kau dah single?!” soalan pertama yang terpacul keluar dari mulut Ayu setelah kami berdua melabuhkan punggung di atas pangkin.
         
“Eeeee… Asal kau tanya soalan tu?”
          
“Yela! Aku tengok status kau dalam facebook dah tukar single. Dulu kan in relationship dengan Rayyan Izz Firr….” belum selesai nama itu disebut.
          
Please OK.. Don’t mentioned his name!”
          
“Wo..wo..wo.. Let me guess? Mesti kau dah ada pak we lain kat U ni kan… sebab tu kau mintak break dengan dia..betul tak?! Betul tak?!” ikut suka hati dia saja menebak.
          
“Eeeeee…..sukahati kau je kan!” sambil tangan aku menghadiahkan cubitan ke pahanya.
          
“Auuu… auuu…OK, OK.. Cup!cup! sorry lah weeii.. aku cakap aku guess je kan?! Eee…b ahaya duk rapat dengan minah ni.” 
          
“Memang pun aku ada laki lain. Nape? Tak boleh ke?!” balasku lagi dengan selamba walaupun kenyataannya aku tahu aku yang sebenarnya syok sendiri dengan mamat skema tu walaupun aku tidak sepenuhnya mengenali dia. 

Haii..Peliklah hati ni. Rintihku bila asyik tidak dapat membuang bayangan lelaki bernama Fadhil yang rupanya juga seindah namanya yang bermaksud orang yang selalu berbuat baik, utama dan mulia.
     
“Cup! Cup! Kau ada pak we lain???? Imposible..imposible.. Kalau kau nak tahu, kau lah awek paling jiwang yang  pernah aku kenal. Seorang yang sangat setia pada cintanya. Sepenuh jiwa raga hanya insan bernama Rayyan Izz Firas,hanya dia yang bakal duduk di sisiku di atas pelamin indah dan dialah …..”
          
Bukkkk!
          
“Adussss… Oi! Ganasnya minah ni. Ish, kau ni sensitive sangatlah. Aku gurau je…” belum selesai hujah berupa sindirannya terpacul keluar dari mulut murainya itu hinggap sebuah penumbuk di bahunya. Ayu mengusap-usap bahunya yang masih terasa sengal.
          
“Nak lagi? Sedap kau mengutuk aku aaa… rasalah... Haii..Macam ni sebenarnya, aku ingat dia yang nak tukar status dalam facebook tu tapi tengok-tengok tak pulak dia tukar status dia. So..aku lah yang tukar status aku. Malas aku nak tunggu mamat selenga macam tu!”  jelasku panjang lebar dengan mimik muka yang tidak berpuas hati, geram!
          
“Yeke Kila! Jadi betullah kau dah putus dengan dia! Bukan dulu kau dengan Izz tu memang perfect couple ke? Aku rasa dah nak tiga tahun kau dengan dia sampai tunggu nak kahwin je. Tu yang aku terkejut bila dengar kau ada laki lain! Kau tu.. Fuh, memang tak pandai nak main curang.

    Kalau si Izz tu mungkin aku boleh terima, yela muka hensem macam tu memang banyak awek nak, tambah-tambah lagi anak datuk ada perniagaan besar lagi!” luah Ayu dengan penjelasannya yang menjelar sambih tersengih. 

Air muka aku mula berubah muram dan kelat. Aku menarik dalam-dalam nafas dan menghembusnya perlahan-perlahan berulang kali. Aku harap semua luka yang berbaki tinggal dalam urat hati aku keluar bersama hembusan itu namun ia hanya menyesakkan dada dan menyukarkan aku untuk bernafas. Sekilas itu aku memandang ke arah Ayu dengan wajah yang sukar untuk ayu cuba ungkapkan dan definisikan.
          
“Ya, antara aku dengan Izz dah putus. Dia dah kahwin Ayu… Ak..aku..” tersekat-sekat suara aku menuturkan apabila kalimah itu yang perlu aku tuturkan. Apa lagi ia adalah kenyataan dan kebenaran yang sukar untuk aku mengganggap ia sekadar lakonan semata-mata. Ayu menenangkan aku dengan tangannya mengusap-usap lembut belakangku. 

Aku tertunduk mencari kekuatan menyambung bicaraku. Aku bingung dengan perasaan aku sendiri, ada masanya aku amat merindui kasih sayang yang pernah Izz berikan kepadaku tapi kekadang aku benci bila memikirkan kelakuannya dulu yang menyakitkan hati. 

Itulah hebatnya penangan cinta pertama, walaupun perit dan pedih dirasa namun sisa-sisa cinta itu masih ada berbaki tertinggal dalam hati. Aku keliru.
          
“Enam bulan yang lepas dia jumpa aku. Aku ingatkan dia nak...…” aku terdiam seketika.

“Dia pernah janji pada aku, dia akan kahwin dengan aku tapi semua tu tipu Ayu. Dia mungkir janji. Aku percayakan dia. Dialah lelaki paling baik pernah aku jumpa. Aku tak tahu kenapa dia tiba-tiba berubah macam tu, aku tak tahu apa salah aku.” seperti dialog drama aku menutur semuanya kepada Ayu.

“Sabar Kila. Kau kena sabar dengan semua ni. Mungkin ada hikmah kenapa kau tak bersama dia. Pasti Allah telah menjanjikan yang lebih baik untuk kau..”

“Amboiii… Pandai juga kau ni Ayu ekk. Kau copy ayat ni dari filem mana?” air muka aku yang tadi suram terus bertukar girang sambil tersengih-sengih senyum.

“Eleh.. apa kau ni. Bukan main baik aku cuba nak buat kau cool, dia main-main pula. Betullah aku cakap!”

“Baiklah Ustazah. Saya faham." aku tergelak kecil dengan gelagat Ayu yang benar-benar serius cuba menenangkan aku dan sekarang aku pula yang terkena bisa cubitan Ayu bila tangannya sudah singgah ke pahaku.

Tiba-tiba dari kejauhan terdengar laungan azan asar berkumandang dari pembesar suara surau.

“Kau tak solat ke Kila?” tanya Ayu lalu melihat jam tangannya.

“Opps.. Period!

“Eleh..ya ke tak tu.. Alasan kau tu kan.”

“Ehhhh… Kau jangan ingat aku tak solat. Dulu mungkin aku selalu tinggal-tinggal tapi sekarag aku cukup tau 5 waktu lagi.”

“Eee..minah ni cakap besar. Nanti Tuhan marahlah..”

“Oii! Cik Hidayu..aku tak adalah daif sangat sampai macam tu. Aku dah berubah tau. Sikit-sikitlah. Hehe..”

“Yeke? Mana tudung ni? Keluar rumah tak pakai tudung?" seru Ayu sambil mengirai-ngirai rambutku.

“Alah.. duduk kat pangkin je, mana ada orang tengok.”

“Ehh..betul ke minah ni!” Ayu mempamerkan mukanya yang kurang yakin padaku.

“Asal pulak? Betullah!” balas aku lagi dengan membesarkan mataku.

“Memanglah tak percaya. Kau lah yang susah sangat nak bertudung. Kalau tak dipaksa memang taklah!”

“Tu dululah..Ibu aku tu lah sibuk dia beli tudung-tudunglah, selendang baru yang versi terkini lagi semata-mata nak suruh aku pakai tudung. Kesian pulak tengok ibu aku nak sangat tengok anak dara dia ni pakai tudung. 

    Sejak tu lah aku cuba-cuba nak pakai tudung. Tapi bila aku tengok, lawa juga aku ni kalau pakai tudung” selorohku lagi lalu kedua tapak tanganku menekap ke pipiku mengagumi diriku.

“Eeee… Perasan! Angkat bakul betul budak ni." Ayu membuat-buat mukanya, meluat.

“Asal kau tengok aku macam tu?” luahku pabila mata Ayu tertancap memandang aku lama tidak berkelip matanya.

“Tak adalah.. aku happy kau dah berubah jadi lebih baik.”

“Ehhh.. kenapa pulak? Aku teruk sangat ke dulu?”

“Bukanlah maksud aku macam tu! Kau ni simple minded betul!”

“Kau tahu tak?” ujarku lagi lalu berdiri berjalan dengan melontar pandanganku jauh ke depan memandang jalan raya yang bertar sambil tersenyum-senyum sendiri.

“Manalah aku tahu!” getus Ayu lagi dengan wajahnya yang hairan melihat kelakuanku.

“Eeee.. aku nak bagitahu lah ni! Diam.. kau sendiri kan tahu aku dulu sensitive sikit tengok orang yang pakai jubah lepas tu kalau letak serban atau kopiah ke atas kepala atau sewaktu dengannya lahh.. Bukan aku tak suka cuma masa tu aku rasa macam diorang ni hikpokrit aje. Yela., kau kan tahu perangai aku dulu macam mana..." Ayu mengangguk-anggukkan kepalanya seperti memberi perhatiannya kepadaku.

“Ada seorang mamat kat kolej aku, kalau aku jumpa dia mesti aku rasa geram, benci, kadang-kadang aku suka pastu jantung aku mesti dup dap dup dap. Kekadang tu lagat dia aku rasa macam 'sok suci' je muka dia tu. Budget bagus sangatlah! Tapi kan…” jelasku lagi dengan tangan aku yang sibuk juga berkata-kata mengikut percakapanku.

“Tapi apa?" tanya Ayu seperti letih mendengar kata-kataku yang tidak lagi sampai ke penghujungnya.

“Akhir-akhir ini aku asyik ingat kat dia lah... aku tak tahu kenapa.. Suka je bila terserempak ke terjumpa ke..he..he..” dengan lagatku seperti sedang terbayang wajahnya, dialah Mohd Fadhil. Tersenyum sumbing aku syok sendiri.

“Eeeee.. minah ni. Tak ada maknanya..”

“Asal pulak?” Soalku hairan dengan kata-kata Ayu.

“Eee..Kau kan tak suka laki macam tu. Macam Abang Mursyid tu kan. Bukan test kau katakan.”

“Salah ke kalau sekarang aku suka laki macam tu. Bak kata kau sekarang orang tak nak Putera raja tapi Putera agama kan... Wekk. Jealous!” ujarku lagi lalu menjelirkan lidah dan mengambil tempat  duduk semula di sebelah Ayu.

So, sekarang nih bila abang Izz datang minang kau kira OK lah sebab memang test kau kan.” usik Ayu lagi sambil mengangkat-angkat keningnya ke atas ke bawah. Memang suka nak me'recommend' je si Ayu ni. 

“Eeee… Apa kau ni?! Ke situ pulak!" marahku geram bila Ayu membuka cerita abang Mursyid pula.

“Betullah! Hah! Baru aku ingat, aku ada jumpa abang Mursyid hari tu masa aku pi Skudai! Dia baru balik dari kampung dia dekat Tanjung Karang.” jelas Ayu lagi membuka ceritanya pula.

"Ooo..Siapa nama mamat kau suka tu?"Soal Ayu lagi sambil tersengih-sengih bila aku tidak memberi respon dengan kata-katanya tadi berkenaan abang Mursyid.

"Siapa? Mamat aku cita tadi ke? Hik..hik.. Asal nak tahu?" sambil tersenyum sengih juga aku duduk di sisi Ayu.

"Ee, Gediknya... Abang Mursyid ke mamat tu hensem lagi?" soal Ayu lagi sengaja mendugaku.

“Asal abang Mursyid balik kampung dia? Dia nak kahwin ke?” soalku lagi membuka cerita abang Mursyid semula. 

Malas mahu menjawab pertanyaan Ayu kerana aku sendiri pun tidak tahu jawapan apa yang sesuai. Dua-dua je aku tengok handsome. Sorang dah macam Hairul Azreen dan abang Mursyid pula muka dia dah iras-iras Dude Harlino pulak aku tengok. Ish..Teruknya aku ni, boleh  pulak banding-banding. Macamlah orang nak sangat dengan aku. Perasan! Muka aku selamba saja seperti tiada perasaan sambil menggoyang-goyangkan kaki menunggu balasan Ayu.

“Nape? Kau jealous ke kalau abang Mursyid kahwin?” aku bingkas bangun dari pangkin dan berjalan meninggalkan Ayu yang terpinga-pinga melihat aku tidak mengendahkannya.

“Weii.. Kila? Nak gi mana tu?” teriak Ayu sambil berlari anak mengejarku.

“Solat…”

“Kau cakap kau period…” tercungap-cungap Ayu mengejar langkahku yang laju meninggalkannya.

“Bila aku cakap??..” jawabku ringkas. Wajah Ayu berkerut seribu seperti sedang berfikir-fikir. Sebenarnya aku malas ingin melayan karenah Ayu yang suka saja kerjanya menyakat orang.

BIP!!! Bip!!!

"Woooaaaa!...." terkejut aku pabila Nokia C3 aku tiba-tiba bergetar dan menjerit apabila ada SMS yang masuk. Telefon bimbit yang aku genggam sedari aku duduk di pondok batu di tepi tasik kolej aku terloncat-loncat dari genggamanku. Aku seperti badut cuba menangkap-nangkap telefon aku yang bagai ikan yang hidup asyik hendak terlompat-lompat dari sambutanku, aku terbongkok-bongkok berusaha menyambut ia sebelum  terjatuh.

Bukk! 

"Arghhhhhhhhhhhh...Jatuh juga!" Jerit aku geram bila aku tidak sempat menyelamatkan phone aku yang sudah terlepas dari tanganku. Padan muka! Siapa suruh mengelamun memanjang je. Bentakku dalam hati geram bila aku tadi asyik dengan lamunan teringatkan Ayu yang menjengukku di rumah sewaktu cuti pertengahan semester, tiga minggu yang lalu.

"Masa nilah dia nak jatuh terburai bagai semua...Eiihhh...." Ngomel aku sendiri lagi sambil mencangkung duduk mengutip badan dan bateri telefonku yang sudah tercabut akibat hentakkan ke atas lantai pondok.

"Haiiii...Cakap sorang-sorang lagi..." Tiba-tiba ada suara datang menegurku.

"Eehhh Pak su dah sampai..." Ujar aku lalu berdiri melihat Pak su yang sudah terpancul di depanku dan di sebelahnya pula berdiri seorang wanita bertudung ayu dengan matanya yang bulat jelas nampak di balik kaca matanya. Ehh...kak Nadia ada juga. Bisikku dalam hati.

"Haaa...Lama ke tunggu?..." Tanya pak su lagi lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi dan meletakkan beberapa bungkusan plastik ke atas meja. Aku menghulurkan tangan bersalam dengan kak Nadia. Terasa janggal sedikit kerana masih belum mengenalinya lebih rapat.

"Kenapa phone Kila?" Suara kak Nadia kecil bersuara seraya memandang telefon Nokia aku yang sudah bertelanjang tiada badannya.

"Jatuh...." Balasku pendek saja lalu mengukir senyuman kepada kak Nadia.

"Laaa...Kila ni cuai sangat, berapa kali dah phone Kila ni jatuh. Tapi tahan juga nyawa phone Kila ni dah berapa kali dah pak su tengok asyik jatuh sampai cover dia pun dah rabak habis hilang skru." Ujar Pak su lagi memandang telefon bimbitku lalu tangannya meraba-raba plastik di depannya. Ish..Macamlah phone ini ada nyawa, bukan benda hidup pun..Peliklah pak su ni. Keluhku dalam hati.

"Alahh...biasalah tu pak su, Nokia ni tahan sikit. Biasalah ada 9 nyawa..hehe.." Selorohku lalu duduk menghadap pak su dan tangan aku mula sibuk mencantumkan semula badan dan bateri Nokia C3 aku di atas meja. Kak Nadia mengambil tempat duduk di sebelah Pak su. 

"Ni haa...Barang ibu kasi. Seharian ibu Kila ni sibuk dia sedia barang-barang ni bila tahu Pak su nak singgah sekejap jumpa Kila." 

"Banyak nya pak su..Apa ni?" Tangan aku membuka satu persatu plastik di depanku. Wahh..macam-macam jenis barang ibu aku kirimkan, tak lupa juga makanan kegemaranku sambal petai dengan udang..Aduhh...Aroma baunya sudah menggoda aku sampai dah tertelan air liurku.

"Cantik Kila pakai tudung?" Ujar kak Nadia yang sedari tadi hanya menjadi pendengar saja di sebelah Pak su. Aku hanya tersenyum tersengih-sengih malu di puji begitu. Oh! Indahnya dunia. Detikku perasan dengan pinjaman yang hanya kekal sementara.

"Ibu pesan jangan selalu sangat jalan keluar kat kuala lumpur. Bahaya..banyak kes sekarang, siram-siram asid bagai." Ucap Pak su lagi melihat aku yang sedang melihat-lihat buku-buku yang aku pesan pada Pak su bawa dari kampung.

"Alah...ibu tu risau je, tak ada apalah...Kila siap bekal botol sembur lada lagi dalam beg doraemon tu hah. Cakap kat ibu don't worry k..Driver cab miang tu pun bila-bila masa je Kila boleh sembur muka dia dengan spray lada Kila tu.." Luahku dengan penuh emosi bila teringat kembali pemandu teksi yang sering menumpangkan kami sekawan dengan mata dan misai kontotnya itu, Eeee...Geli!

"Driver cab? Kenapa Kila?" Tanya Pak su lagi hairan wajahnya yang berkerut.

"Tak...Adalah driver cab sini tengok orang semacam je...Macam baru keluar hutan tak pernah tengok manusia.." Rungutku pula.

"Kila hati-hati sajalah kalau keluar kemana-mana, kalau boleh jangan keluar sorang-sorang.." Ujar kak Nadia pula memberi peringatan padaku seperti mengambil berat benar denganku.

"Ya kak Nadia.." Ujarku lalu mengangguk faham. Walaupun usianya sepuluh tahun muda dari Pak su tapi aku rasa macam pelik saja hendak memanggilnya mak cik Nadia sebab beza enam tahun saja usia kami berdua. Wajah Pak su tampak khuatir  selepas mendengar rungutanku, kalau nak diikutkan tidaklah teruk beno perangai pemandu teksi itu, cuma aku tidak selesa bila di pandang dengan wajah yang menggerunkan itu. Aku lihat lagi wajah Pak su yang masih tidak bersuara tapi lagatnya sedang berfikir-fikir risau.

Aku mengiringi Pak su dan kak Nadia ke parkir kereta setelah hampir setengah jam kami berborak di pondok tepi tasik, sempat lagi Pak su mengingatkan aku supaya belajar dan kurangkan dengan aktiviti luar buat sementara waktu bila ujian akhir tingggal dua bulan lagi. Aku melihat kereta perodua Alza pak su hilang dari pandangan lalu aku berjalan malas pulang ke kolej dengan tangan penuh menjinjing beg-beg plastik pemberian ibu dari kampung.


"Banyak barang.........."

Tiba-tiba ada suara menegur aku yang sedang berjalan melihat lantai di foyer hendak menuju ke lif kolej. Aku mengangkat wajah memandang gerangan yang menegur. Oh! Aku tidak percaya jika dia menegurku, aku mengedip-ngedipkan mataku beberapa kali untuk melihat dengan jelas kerna takut aku tersalah orang. Oh! Betullah dia! Jerit hatiku girang juga terkejut. Saat itu aku rasa macam nak nyanyi lagu 'Aku Suka Dia' oleh Ainan Tasneem. 'Bila dia mendekati diriku, hatiku rasa sesuatu....' Tapi hanya dalam hati sajalah aku menyanyi mengikut lirik itu, kalau aku tersembur keluar mahu pengsan lelaki itu mendengar nyanyianku. Haaaaiii....Saat ini hanya Tuhan saja yang tahu perasaan berbunga indah mekar di hatiku seperti aku sudah jatuh hati padanya. Mohd. Fadhil mengukir senyumannya dengan sebelah tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar slack hitamnya. 'Bila dia senyum pada diriku, hatiku rasa tak menentu...' Aku menyanyi lagi dalam hati. Oh! Semakin membuat hati aku tak cukup ruang untuk berdegup laju seperti mahu terkeluar dari badanku saja bila senyumannya itu sudah buat aku rasa mahu rebah saja di situ dan mahu saja aku berkata, 'Stop muka sampai situ..I want to take a picture buat tatapan bila rindu!' Oh! Hati jangan seksa saya begini, Aku mengadu perasan sorang-sorang...Aduihh! Parah bena aku ni bila dah sampai ke tahap begini aku syok dekat dia.

"Barang ibu kirim...Hehhe.." 

Aku rasa semua susunan gigiku sudah jelas ternampak dan boleh dikira satu persatu gigi yang ditayang mengukir senyuman sumbing sambil tersengih-sengih menjawab tegurannya yang sedang berdiri kira-kira beberapa langkah dari aku. Dia hanya mengangguk dan menghadiahkan lagi senyumannya yang memang akan membuat semua gadis yang meminatinya akan cair melecur hangus melihatnya. Oh! Dasyat sungguh akibatnya melihat senyumannya itu. Bertuahnya aku bila lelaki yang amat diminati dan dikenali ramai menegurku. Dia meminta diri dan berlalu pergi, mataku hanya memandangnya berjalan tidak berpaling sampai hilang kelibatnya. Mahu saja aku pacak kamera di mana-mana sudut dan rakam saat paling terindah dalam hidupku tadi. Aku hanya mampu tersenyum sendiri dan melangkah berjalan seperti orang yang senang hati.


1 comment:

  1. hehe saya baca balik.nak cakap satu yang 'test' tu maybe awak kena tukar 'taste' .takpe la typo kot :)

    ReplyDelete

Pembaca SETIA